Assalamu'alaikum.
May peace be upon you.
Setelah meninggalkan blog ini beberapa hari, kini Puteri Gunung Semanggol kembali menulis mengisi kekosongan hati...lah sangat.
Okeh! Aku memang selalu lupa apa nak cakap, apa nak tulis, macam mana nak explain... Ni pun kejap tulis kejap padam. #SelfConfusion
By the way, I've told you that I want to write about Asasi Sains Unimas kan... Hari ni rajin nak menulis my journey, sebelum dan semasa menjadi pelajar asasi Unimas. Then, here you are.
1. Pergi atau tidak?
Ceh, tajuk... nyampah baca! #Whatever
Masa dapat tahu keputusan UPU dulu... perghh, hati memang sentaplah kan!
Masa tu dapat dua tawaran; Matrik Negeri Sembilan dan Unimas (Asasi Sains Fizikal).
Sebelum tu, aku memang dah separuh nekad tak nak masuk matrik. Sebabnya, matrik just a way like school system. Haha! Berlagak kau ye? Yelah... aku dengar ex-matrix cakap, matrik ni still peraturan macam sekolah walaupun not exactly lah. Then, diorang kata pelajar matrik kena pakai baju kurung ke kelas. (pelajar lelaki dia tak suruh pulak pakai baju melayu?). Nak outing pun still macam sistem sekolah. Before dapat mana-mana tawaran mind set aku memang dah tetap yang matrik tak best.(Mindset aku ye, bukan mindset kau!)
Tapi... bila dapat tawaran pulak, ke-confius-an melanda diri aku. Masa tu memang aku sobsob bebanyak. Yelah, dapat tawaran asasi jugak tapi the real problem is i got at Sarawak. Itulah masalahnya.
Kenapa?
Masa tu aku fikir mesti abah takkan kasi aku belajar kat Sarawak nun. Ohho! before I forgot, masa dapat tahu aku dapat program Sains Fizikal pun aku agak kiciwa sebab aku plan nak jadi doktor seperti yang diangankan oleh abah. Tapi yang tu kira belakang cerita sebab yang penting aku fikir macam mana kehidupan aku kat matrik nanti.(Masa tu rasa macam konfem je yang aku akan sambung matrik). Adalah beberapa hari aku termenung memikirkan nasib. Huhuhuhuhu...
Dipendekkan cerita, akhirnya kata putus diambil. Aku sambung asasi jugak. Tehee!!! dan bermulalah kerajinan aku menguruskan segala borang-borang yang diperlukan untuk pendaftaran.
2. Penerimaan tawaran.
Ha! Yang ni of course kena buat untuk memaklumkan tawaran diterima. Lepas kita dah cakap (tak perlu cakap, online kot) kita terima tawaran, banyaklah borang-borang yang menari kegirangan minta di muat turun. Borang yang penting sekali ialah panduan kemasukan. Inilah guideline yang akan menerangkan step-by-step apa yang perlu dilakukan sehinggalah kita berjaya menjejakkan kaki ke Unimas. Yang bestnya unimas ni, pendaftaran dibuat secara talian (online). So, nanti sampai sana just daftar kolej kediaman sahaja dan penyerahan borang-borang yang dah dimuat turun. Antara borang-borang yang dimaksudkan seperti, borang checkup, beri kebenaran pembedahan, ikrar pelajar dll. Senang je kan?
dan... kena buat perkara basic lah. Medical checkup, ambil gambar passport bebanyak, isi borang sampai pen habis dakwat, pengesahan setiap salinan yang diperlukan daripada orang-orang tertentu dll.
3. Oppss! DPT?
Bagi pelajar yang bukan dari Sarawak perlu memiliki Dokumen Perjalanan Terhad (DPT). DPT ni fungsinya nanti sebab kita nak buat pas pelajar (universiti uruskan kemudian).Yang pastinya mesti pergi ke pejabat imigresen untuk memohon DPT.
Tak lama pun, sejam je, dan bayarannya hanyalah RM5. Murahkan? Kau kalau topup pun spuloh hengget!
Lagipun DPT ni tahan untuk 5 tahun.
Lepas tu jangan lupa masa dah sampai Airport Kuching, masa kat imigresen tunjukkan IC dengan DPT ni. Sebab nanti pegawai imigresen akan cop kat dalam DPT tu instead bagi kertas yg ada cop. Ingat, mesti tunjuk kat pegawai imigresen! Mesti!
4. I'm alone...
Hahaha.. Takyah lah sedih bebenar kau nak datang unimas. Yang sedihnya bila nak beli tiket tu je sebab mahal bebeno. Sebab, nanti masa di airport Kuching, pelajar asasi akan ditunggu oleh senior yang in-charge Majlis Aluan Pelajar (M.A.P) dan tunggu di balai ketibaan. Siap pasang sepanduk lagi. Tak payah risau nak cari kereta sewa ke, kekawan sehidup semati ke, hape ke... dan bas unimas sedia menunggu membawa pelajar asasi ke universiti yang memakan masa selama 20 minit. Kalau datang dengan parents, nanti naik bas pun sama-sama. Tapi, parents tak bolehlah stay kat uni punya kolej kediaman. Kena cari hotel untuk bermalam. Tapi, jangan risau sekali lagi! Sebab senior2 akan membantu mencarikan teksi untuk anda yang memerlukan.
5. Sampai sudah.
Masa dah sampai uni nanti, akan ada sedikit taklimat tentang flow pendaftaran. Ikut jelah apa yang ditetapkan tapi sampai je kat uni nanti pelajar asasi akan mendaftar kolej terlebih dahulu. Masa tertentu akan ditetapkan untuk sesi menghantar borang-borang berkaitan (yang download bebanyak tuh).
Sambil-sambil menunggu hantar borang bebanyak tuh, bolehlah mengemas bilik. Satu bilik dua orang. Best kot!
Aku tak tahulah kot ada yang datang dari semenanjung dengan baldi-baldi sekali dia angkut an? Tapi yang pasti, aku tak buat macam tu. Aku lebih risau pak cik polis kat imigresen uh tahan aku sebab bawak baldi yang boleh mencederakan orang.
Masa aku dululah kan... aku daftar hari Sabtu, then hari ahad akak-akak senior volunteer nak bawak pergi beli barang dekat Desa Ilmu. Desa Ilmu ni ibarat pekanlah. Ada kedai runcit, taman perumahan, restoran, pizza pun hado! funfair pun ada... hehe.
So, senior2 ni ada yang tengah buat master, baru abis degree, and ex-asasi juga. diorang nilah yang baik hati membawa kami2 pelajar asasi menaiki kereta (kenderaan itu penting sebab aku malas jalan kaki)ke Desa Ilmu membeli keperluan yang tidak mencukupi.
Tapi, kalau nak jalan kaki dari kolej ke Desa Ilmu pun ok je sebab tak jauh mana. Sepuluh minit jalan kaki... hrmm, lebih kurang macam tulah.
Ringkasannya, kemudahan senang didapati. Tak perlu beli penyapu dari semenanjung untuk bawa ke Unimas ye?
7. MAP.
Majlis Aluan Pelajar. Seminggu tu memang kena di-budak2-kan sikit la. Tapi tak pe, just enjoy sebab best. You'll get many things throughout this one week. Enjoy supaya anda dapat adapt dengan suasana.
Pheww..! Selesai sudah. Itu sahaja yang mahu dicoretkan buat masa ni. Any question, just leave at the comment. =)
Salam 10 malam terakhir.
Assalamu'alaikum.
p/s: untuk tahun 2011/2012 ye ni.
Kalau ada pape perubahan, i dont know lah ye...
p/ss: nah klik kat link ni..--->
Grup Rasmi PPPU. Tetiba rasa nak bagi link. (pun boleh..)
p/sss: kalau ada yg nk tnya soklan tp segan nk tanya kat sini, emel kat sy okeh.
nurul_watermelon@yahoo.com
*UPDATE 18 MAY 2014*
Sebab tuan punya blog ni dah 2 tahun meninggalkan zaman asasi, jd tuan punya blog takut informasi yg diberi tak sama dengan sekarang. Jadi here is PPPU punya fb group which u can refer and ask questions and they will give more precise answer for you. cewahhh..