Salam'alayk.
Malam ni buat pertama kalinya aku bersemangat nak stay up
siapkan drawing. Disebabkan dari tadi menghadap drawing sampai dah nak jadi
permanent bongkok, so aku stop kejap. Kang jadi si bongkok muda plak!
Aktiviti yang bagus untuk berehat seketika daripada menghadap
drawing semestinya facebook. And as all know, sekarang isu Gaza sedang hangat.
Honestly, isu ni sangat nampak bermusim. Dan ia tengah musim durian. =,="
Kadang-kadang aku rasa nak unfriend all those people yang
ada aku add friend and ada yang aku subscribe yang sangat bersemangat tentang
isu agama dan isu Gaza termasuk antaranya. Why? Sebab aku dah keliru. Aku takut
last2 sekali tak ada benda yang aku buat untuk isu Gaza ni. Aku keliru isu yang
mana dan apa yang penting diorang nak pertahankan sebenarnya.
Ada yang bersemangat waja perwira mempertahankan isu Gaza
ni, bercermah, bagi info, share picture and all those stuffs yang related. But,
for the other side ada yang bertanya, isu Rohingya? Isu boikot? Kenapa kalau
betul2 nak pertahankan Gaza tidak boikot cara2 yahudi punya hidup dahulu. Asyik
nak boikot McD je dulu. (Apa ni? Apa ni?)
Arghh!!! Aku tak faham. Serius aku keliru. Ni nak cakap apa
sebenarnya? Aku telah menyusahkan
pemahaman aku. Dan end up nya aku tak nak baca apa yang diorang post. Aku tak
faham. Someone please make it clear for me. Crystal clear. Can you?
Betullah aku nampak banyak pincangnya orang Islam. Nampak
tak bersatu dan tiada musyawarah nya di situ.
Dan aku juga begitu.