Wednesday, 27 February 2013

Malam Khamis.

dengan ini saya mengisytiharkan....

SAYA RINDU ADIK SAYA !


Waarghh ! Rindu pipi ko yang gebu tu dik.


kbai.

Alkisahnya.

"Don't judge a book by its cover."

Ha ! Pernah dengar tak? Pernah tak?
So.. kat bawah ni analogi yang aku mampu buat.
Cer tengok gambar ni.
"ooo cuweet nye die.."
 Oh ! Monyet ni kiss partner sehidup semati dia la... Sweet tak ? Sweet tak ? Macam titew kan ? Ok, pelempang sedas.



Tapi kengkawan, the reality is...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
monyet tu cari kutu la ! ko hengat dia hingin nak cencium ni ?

Entah-entah tu cousin dia ke, tok sedara ke, jiran ke... pepandai je cakap tu partner sehidup-semati-kubur-lelain dia.
Jadi, hari ini pelajaran yang kita dapat ialah :


"Jangan prasangka baik sangat dengan monyet."

Eh, tak la !
Konklusinya, do not judge based on what you can see. Try to look from other point of view.

Sekian, terima kasih.

#1 Picture of The Day.


As I got nothing to do.
I did this.

Live your life.

First Step.


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...utk semua nikmat Allah

Salam'alayk!
Whats up, yo! (disebut sebegini --> was sap yoo)

Disaat semua sedang lena dihanyut nightmares (tak semua mimpi itu indah), aku bercadang untuk membakar minyak memalam buta ni. (BurnTheMidnightOil?)

Tadi dah rendam baju, tapi nak membasuhnya... Ya Allah, berat buntut nak bergerak dari kerusi ke sinki. Lebih-lebih lagi kalau tengah menghadap hasil kreatif MarkZukembek ni. (Fesbuk ar pe lagii..)


Betullah Lao-Tzu ni kata ;



Disebabkan aku dah berjaya take first step dengan berjalan ke arah sinki, aku telah berjaya membasuh dan menyidai baju. So, sekarang nak study sebenarnya tapi melencong update blog.

Tapi tak pe, update blog juga termasuk salah satu journey of a thousand miles. Haha.
Ayat cover lettew.

Konklusinya, semua benda perlukan langkah pertama.



...even nak g basuh baju.

Thursday, 14 February 2013

Eh, Tetiba.

Ohoooiiii..!!! (Ala-ala bunyi macam dalam video klip ApoKonoEhJang)
Salam semua. Sihat? Makan cukup? Tidur cukup?

Hari ini Puteri Gunung Semanggol senang hati nak update blog nya yang suram lagi sepi ni sebab...

PERKAHWINAN IMPIAN SAYA

Ha, melampau tak tajuk? aku pun geli tangan nak menaip padahal dalam hati suka. Mwahaha.
Well, y'know... Imma girl and girl should have this girlish things to think of. Betul tak semua? Betul...

Tapi... 
dengan aku semua ayat mesti ada tapi. Haha.
Tapi, ini bukan untuk waktu ni. Oh belajarku bukan main galah panjang atau lumba lari seratus meter. Belajarku, itu dia simen dan konkrit penemannya. 3 tahun setengah lagi baru abis belajar then kerja sungguh-sungguh.

Pulak! Habis mana perkahwinan himpian hengko?

Aaa.. ni namanya sesaja. Aku pempuan ok, normallah aku ada impian walaupun ko geli nak baca.

First thing before kahwin kena ada apa?
Ye, salah... Bukan suami.

...kena ada ILMU. 
For this time being, masyaAllah sahajalah yang boleh describe tahap kemalasan aku dan tahap ketidak keperempuanan aku. Sesangat MASYAALLAH.
So, sebelum aku kahwin nanti aku perlu  jadi seorang perempuan melayu terakhir yang pandai masak, kemas rumah, rajin, pandai basuh baju, pendek kata semua yang mak aku pandai. Sebab apa? Sekati aku ler... aku nak pandai semua.

Kalau tadi ilmu rumah tangga, pastu kena ada ilmu akhirat jugak. Dua-dua penting. Selagi aku ganti pose pun malas, aku taknak kawen! Eh, tetiba.

2nd... Mesti kena ada?
Ye, kali ni betul. Kena ada suami. Ngehngehngeh.

He must someone yang kalau aku tak cakap pun dia dah tahu apa aku fikir, apa aku nak, apa aku maksudkan.

Dah namanya impian, sekati aku ler nak ngimpikan macam mana.

Pastu dia mesti sedap mata memandang, ngko pun taknak kan kalau ko ngidang kopi kat asben tangan ngulur kopi mata pandang tepi sebab asben huduh bebena. Well, definasi kacak itu subjektif. Ngko lihat lain, aku lihat lain. Ha... kan? So, asben ngko tetap asben ngko... asben aku slagi tak cerai aku la pnye. Mwahaha.

Ustaz Don pernah cakap kat aku (padahal aku dengar dia berceramah) setiap orang ada kisah cinta tersendiri. So keep it by yourself and biar hanya both of you yang tahu love story itu.

So yang lelain tu bagi aku bermimpi sendiri. Kehkehkeh.

Yang penting... sebelum kahwin kena ada ilmu. Kalau aku yang penting lagi kena ada kerja. Unless ada anak raja mai pinang then dia kata tak yah kerja and taja seluruh hidup sampai mati then tak perlulah kerja itu. Kalau takut kena cerai, buatlah perjanjian soh dia bg harta sikit kalau dia nak cerai nye lah pun.

Well, this is what 20 y/o girl ni fikir. Aku konpius aku girl ke lady ke woman? janji kat mana2 borang masih ada pilihan female.
ngahahah.

Sekian dari Puteri Gunung Semanggol yang mahu didoakan supaya dia jadi rajin kuasa tera.
Assalamua'laikum!

Late Night Conversation.

Every night before my twelve years old sister going for sleep, I will come to her room to have a chit chat. Talking about what had she done for the day and anything that she wanted to share with me.

She : KakTeh, kenapa orang yang berkahwin dia mengandung?
ME : Sebab dia dah kahwin la...

She : Yela... tapi macam mana dia mengandung?
ME : Dia kahwin... so dia mengandunglah...

She : Ye... tapi kenapa dah kawen dia mengandung?
ME : .....


Haha... tergamam, terkedu aku. Apo nak dijawabkan tu? In the end, this is my answer.



ME : Hanya orang yang dah kawen je tahu macam mana dia 
         mengandung. =,=""
She : Ooo...


If you know how speechless I am going to be if she keep asking the same question. Then I add later ;


ME : Nanti adik belajarlah masa Form 3..


Tin Kosong.

kau hanya tin kosong...
yang diketuk berbunyi
yang disepak melanting

kau hanya tin kosong...
hanya diparas kaki
dibuang bila habis isi

kau hanya tin kosong
tidak memberi kebaikan
malah kadang-kadang kau melukakan

kau hanya tin kosong
dimana yang kaya memandang keji
dimana yang papa memandang rezeki

kau hanya tin kosong
persepsi si bawah sahaja yang memuji
persepsi si bangsawan merasa geli

kau hanya tin kosong

....dan sungguh aku takut, akulah tin kosong itu.

Sunday, 10 February 2013

Holiday Itu Cuti.

Salam'Alayk!

Oh canggungnya nak update blog. Btw, it is just a quick update and aku sambung lebih lanjut bila ada mood nak menulis pepanjang nanti.

As I mentioned before, aku dah habis sem 1 and cuti sem sebulan. Dan cuti tu berbaki seminggu lagi. Tak tahu nak sedih ke nak semangat. Ngahahaha

Oleh sebab aku malas, so lets the pictures tell the story first. This is part of what I did during the holiday. Nanti-nanti aku update yang full. Till then, good night!










Marah Itu Apa?


Siapalah yang tak pernah marah? Cer bagitahu sikit siapa yang tak ada perasaan marah kat dunia ni? Whoever you are, wherever you come from and whenever it is, you… yes you… pernah marah kat orang kan?
Tak ngaku suda....

Dan benda yang aku nak highlight kan sebenarnya ialah...

Cara si pemarah menguruskan sifat marah.

Yes, the attitude! Aku menaip dengan perasaan cool dan dalam suasana yang nyaman tapi penuh dengan perasaaan bengang tahap gaban terhadap orang yang marah cara tak betul. Tak boleh ke marah leklok?

Memanglah bila kita tengah marah, perasaan tu meluap-luap, api kebencian marak dan menyempitkan dada dan rasa nak disalurkan dengan segera (kan da aku bagi ayat sastera)... tapi, cuba fikir guna akal (binatang tiada akal), apa perasaan orang yang kena marah tu?

Mungkin dia akan malu bila dimarahi depan orang ramai, atau dia akan terasa dengan perkataan-perkataan unik keluar dari mulut si pemarah yang menyebabkan initipati marah itu tidak mendatangkan kebaikan kepada orang yang dimarahi. Lalu apa gunanya marah? Hanya nak melepaskan perasaan? Bukan niat nak menegur atau menolong dalam proses penambahbaikan sesuatu perkara? Dan, apa erti disebalik ayat; "Marah tandanya sayang..." ? (Aku pelik boleh pulak aku buat ayat sastera mcm ni walaupun hati panas)

Marahlah dengan berhikmah. Dan untuk orang yang dimarahi itu jangan sebab dia rendah pangkat atau darjat dari anda, anda boleh sesuka hati mengabaikan, menepis, melenting atau act like you-want-my-penampar lepas dapat nasihat. Pandang apa nasihat yang diberi, bukan siapa yang menasihati. Maksud aku, apa nasihat yang boleh didapati dalam marah-marah orang tu pun.

Sebal punya pasal. Biar aku abadikan pasal marah ni dalam blog.

Sekian, terima kasih daun pokok bunga kertas sebab daun keladi tak de.