Kelas Geology selalu buat aku terfikir,
"Betul ke course aku ambik ni?"
..tak pun kadang-kadang aku fikir,
"Aku patut tukar course la pasni..."
Teory beb!
Tanjat itew aw masa mula-mula masuk kelas dulu. Ingatkan civil ni banyak kira-kira, tapi..
"Eh, melampau pulak kau dari Bio nak kena membaca bagai!"
Minggu ni minggu ke 3 kelas Geology. Aku dah rasa macam masuk kelas Geografi time kat sekolah dulu je. Mula-mula belajar (1st week) aku faham lagi, masuk minggu lepas (2nd week) aku da bosan. Masuk minggu ni bukan setakat bosan, aku dah buat kelas tu macam setengah jam je. Lepas setengah jam, aku buat hal lain. Aku pulak gi ngajar kat blakang. Kakakakaka...
Dan untuk minggu ni, aku end up dengan buat onar kacau orang lain yang fokus. Sasaran pertama... Intan.
Intan ni minat giler ngan Kpop. So aku sengaja ngusik dia.
Ni yang aku kasi kat dia.
|
OGURI SHUN <3 G-DRAGON
"Depa GAY, hang tw dak?" |
Kertas ni hanya untuk gurauan sahaja ye. Mintak peminta Kpop, Jpop jgn ambik hati.
Sempat jugak Intan bengongkan aku. Haha...
Tu yang Intan reply ;
"TIDAK !!! GURI-KUN DH KAWEN KOT"
Lepas habis kacau Intan, tiba-tiba aku perasan Ida tengah edit muka dak Qimah. So aku pun join sekaki malah lebih teruk aku ambik terus S3 Ida buat rete sendiri. KuangKuangKuang
Lepas edit muka Qimah, aku berani gak nak tunjuk kat Qimah hasil kreatif aku. Dan hasilnya...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
|
Qimah versi anime...
"Maafkan aku Qimah..." =,="
|
Time aku edit gambar Intan, time tu aku cuak nak tunjuk. Hahaha.. Gila ko tak cuak, Intan uh rock kot. Kang kot aku kena blasa tak pepasal sebab dajalkan muka diorang.
|
dengan reben segala and berbulu mata palsu...
"Intan, ko tak rock da. nampak ayu la..." kekekeke |
Tapi Intan terima dengan redha dan pasrah sebab dia tahu member dia ni otak lebih wayar sikit. Kekreatifan aku ni perlu direalisasikan dengan mengedit muka mereka.
|
gambar tak yah nak rotate sangatla...kan? |
having them as a friend is a bless. kalau rajin aku masukkan yang lain dalam blog jugak. haha.
diorang cool, diorang best. may Allah bless the relationship. Ameen.
Sekian.