Monday, 22 April 2013

Fiza Yang Selalu Malas.

Bismillah...
Bismillah...
Bismillah...
Bismillah...
Bismillah...

Ok, ni petanda orang malas nak pergi kelas so baca Bismillah banyak-banyak sebab nak halau syaitonirrajim.

But then, I'll always have this kind of question in my mind.

"Wujud lagi tak lelaki yang hensem, educated, penyayang, bertaqwa, suka budak-budak, gentleman and macho." <---ok, banyak yang duniawi.


psstt... taqwa maksudnya mengikut perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.


kbai.

Sunday, 14 April 2013

Labuan... checked! #Part 1

Unbelievable, unpredictable but still doable. Ngehehe...

Kitorang tengah mid sem break sebenarnya start Sabtu lepas sampai Ahad ni. Seminggu je breaknya pun. Dalam otak ye ye aku plan nak study, almaklumla... kat kelas aku bukan study pun. Kekadang aku rasa macam sia-sia aku gi kelas tapi tak faham pape. Sila jangan tiru.

Tiba-tiba a week before mid sem break lecturer habaq mai yang cuti nanti nak buat survey camp. Perghh! Aku memanglah cuak sebab awal-awal dah beli tiket nak gi cuti kat Labuan. Kot la clash waktu rugi oi tiket aku!

Tapi Allah sayang kat aku.
Elok je Survey Camp start hari Sabtu sampai hari Selasa. Tiket flight aku book hari Selasa malam. So, walaupun akan rush nanti at least tak adalah tiket aku burn kan?

So selepas bertungkus lumus (...lah sangat) kat survey camp, balik petang tu memang terbongkang dulu kat katil. Dengan sakit kepala, batuk, selsema and non stop punya bersin aku gagah perkasakan diri packing untuk flight malam tu.

Oh, aku pergi dengan rumet aku je. Berdua. Member lain aku ajak, ada yang ada hal, ada yang nak balik rumah so at the end aku berdua je la. Bajet nak buat percutian bajet, tapi bajet tinggal bajet sebab aku rasa terlebih bajet. Hee~~

Flight kitorang pukul 9.55pm sampai Airport KK pukul 11.20pm... sebab aku dari Kuching so sejam duploh lime menet je... Malam tu tidur Airport KK (yg ni masuk list bajet). Hahah... Esok tu pepagi kitorang cari tiket nak ke jeti sebab kitorang plan nak naik feri. Kalau naik flight terlebih bajet. Haha.

Semangat kitorang bangun pepagi tapi tengok kaunter teksi tak de orang. Jadi, baiklah kita mengisi perut dahulu dengan bersarapan di KFC ye.


Gambar sebelah kiri tu kaunter pertanyaan kot. Bukan kaunter teksi. Tapi both kaunter tak ada orang sebab orang yang kerja tu pun tahu kejadahnya-dia-masuk-kerja-awal-baik-sarapan-dulu-kat-rumah.
So untuk sarapan;
Nasi lemak KFC + teh O panas KFC + taxes KFC = RM6.35 tunaiiii....
perlu ke mention perkataan KFC tu?

Habis sarapan, kitorang beli tiket teksi dan bergerak ke jeti.


Dari Airport KK ke jeti harga tiket teksi RM30. So, sorang RM15... Gambar kiri tu still kat KK lagi otw nak ke jeti. Dalam teksi pun sempat bergambar. Aku pompuan okey.
Oh, ye! Masa dalam teksi tu dah pukul tujuh setengah rasanya. Pak cik teksi kata feri pukul lapan. Alhamdulillah sempat je. Sampai kat jeti beli tiket feri and terus masuk. Time tu both of us tak tahu dari jeti KK ke Labuan ambil masa berapa lama. Mungkin sejam lebih kot...

Dalam feri sejuk gila. Kalau pergi pls jangan lupa bawak sweater or something can cover you up from the coldness. Sangat sejuk. Dahlah time tu aku berpenyakit, dengan aircond feri lagi...


Bukan sejam, tiga jam aku bertapa dalam feri. Dalam hati aku punyalah fikir aku ni kena culik ke apa ke sebab tak sampai sampai lagi. Otak aku fikir pasal Lahad Datu, askar Sulu, culik, potong tangan...Haha, betapa negatifnya otak aku. Eh, berwaspada. Kan? So bila dah sampai jeti Labuan, waaarghhh muka penuh kelegaan.
Labuan, I'm here!



Kitorang sewa kereta Kancil untuk dua hari. Sehari sewa kereta RM 60. Kereta pun ok, tak ada sangkut-sangkut. Kitorang isi minyak duploh inggit je siap berlebih lagi. Habis Labuan kitorang pusing pun still minyak tak habis lagi. Haha.
Kitorang stay kat Melati Inn. Tempat bersih, ada toilet, ada tv, ada aircond and affordable. Harga untuk semalaman RM70.

Check in bilik, rehat jap pastu keluar. Untuk hari tu just ronda satu Labuan dan plan untuk aktiviti esok. Malam tu kitorang makan kat foodcourt sebalah Dataran Labuan. Makan sayap, atau nama saintifiknya kepak ayam. Sebaris ada enam kepak which cost you RM15.


Sebab pengkalan tentera dekat, so boleh nampak kapal terbang dekat jugak. Melati Inn ni tengah bandar, so kedai Duty Free banyak kat sini. Kitorang nak g beli coklan pun just jalan kaki. Then nak g pantai jauh sikitlah tapi ok je naik kerete kan. Khusyuk Izyan baca peta nak g mana esok. Mwahaha...
Oh, masa tu lepas hujan then nampak pelangi.
Cantik.

Part 2 coming soon. Malas nak taip, malas nak edit da.
Nanti-nanti update lagi.

Salam'alaykum.

#4 Picture of The Day.



Lepas hujan, InshaAllah ada pelangi.
...dan mungkin akan ada hujan lagi.

Yang pasti hujan yang berbeza.
Rasa, kejadian dan mungkin cara.

Biiznillah.

Saturday, 13 April 2013

Asasi Sains Unimas v2.

Salam'alayk.

There are many views on my Asasi Sains Unimas entry.
Rasanya ada yang nak tahu lebih mendalam tentang Asasi Sains Unimas so you can ask me through my email.
InshaAllah, kalau saya tahu saya cuba jawab.

and nah klik kat link ni..--->  Grup Rasmi PPPU. Tetiba rasa nak bagi link. (pun boleh..)

my email;
nurul_watermelon@yahoo.com

ok, jgn komen tang watermelon tu..=,=""
kbai.

Been Here.





to be continue...