Sunday, 29 September 2013

Najihah, Ni Untuk Kau.

Hai.
Short update demi kazen terchenta.

Before balik cuti, I've bought Evelyn Rose's novel entitle 13Jam A380 which the cover photo is taken from the inside of the plane itself. Which is this.



Then, Najihah (my hot cousin) ask me try to take a picture just like the cover photo during my flight back to Unimas. Then, this is it.


Ye. Tak serupa.

After all, I cant find any other flight yang terbang sebelah flight aku. Macam tak logik je kalau ada. Hahha!
But, Najihah... this is as what you requested. Hehe.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.

...dan yang ni gambar sesaja.


Till then. Barakallahu fiik.

Saturday, 28 September 2013

Petang Sabtu di CAIS.

Hallooo!! Hai and Assalamua'laikum...
Disebabkan aku perlu mengagahkan diri menyiapkan lab report, lalu petang Sabtu yang seronok untuk tidur aku habiskan di CAIS. Apa itu CAIS?

Tak penting untuk kau tahu. Kakakaka!


Petang yang terik. Ke CAIS kita!

Oh ye! Sebelum ke CAIS tadi, Izyan bawak sekali botol plastik yang nak di recycle. Kalau harap aku yang bawak memang tak la. Almaklumlah, aku cover cun tak mo bawak sampah. Eceh!



Dan! Izyan yang bawak plastik yang penuh dengan botol air plastik sebab diakan menyahut seruan Green Day. So katanya nak buang di tong sampah yang sepatutnya. Gittew!

Izyan kata dia nak tubuhkan persatuan supaya sayangkan alam sekitar dan kurangkan benda-benda camtu. Ala... yang buang sampah merata-rata dan buang ke tempat yang tak sepatutnya tu la. Lagipun kan plastik tak boleh decompose. Cenggitu la plasmaines ceritanya.


Mission accomplished!


Lepas ni kalau jumpa Izyan kat memana, sila jerit;

"Go Green!!!"

Sunday, 22 September 2013

Setelah...

 Salam'alayk.

Lama dah tak menulis. Nak menulis pun tak ada idea.     
                 
Dah dua minggu since balik Unimas. Life is not that great. Tapi yang tu lah bagi pengalaman. And it was not easy at first. Rasa macam ujian sangat. Fuh! Fuh!

Sekarang, still in my way adapting myself with the new environment. Yelah, kan dah duduk luar. Too much to think and sometime rasa macam tak ada solution pun betapa banyak kau berfikir. Tapi, untuk mid sem break punya cuti aku dah fikir nak pergi mana. Kakaka! Bebudak nilah kan… Ngajak gi jejalan walaupun duit aku tak ada. Hahahaha!

Alhamdulillah, so far kalau pergi kelas tak pernah lagi hujan. Sama ada baru lepas hujan ataupun panas terik. Yang paling bersyukur kalau mendung. Huhuhu!

Banyak je benda aku fikir sebalik apa yang berlaku cuma aku tak nak give a deep thought. Aku malas. Sebab kalau start je aku berfikir, start jugak hati aku meracau, meroyan, gila dan segala benda.

Yang paling terfikir sekarang ni dengan ayat;

"Belajar untuk menerima bukan meminta."

Tak kisahlah nak apply macam mana pun ayat tu. Tapi paling dekat sekali ialah dengan kawan-kawanlah kan? Kita tak boleh expect asyik nak kawan ikut kepala kita jadi kita perlu untuk menerima. Menerima seadanya.

Ataupun aku tak bolehlah nak expect akan ada kereta tersedia untuk aku pergi kelas hari-hari jadi jalan terbaik, aku kena menerima aku perlu berjalan kaki nak pergi kelas.

Nak menerima tu bukan sekadar cakap je. Kena faham dengan hati jugak. Tu yang meroyan kalau aku berfikir pasal menerima tanpa meminta ni. So, I will just follow the flow.

My life is not as exciting as before.

Aku rasa aku patut balik to the basic. Mengenal diri sendiri.

...if you know what I mean.

Thursday, 5 September 2013

Tips Tengah Pokai.

Salam'alayk.
Baru je lepas makan nasi lemak, sarapan pagi tadi yang dibawa ke tengah hari so dia jadi lunch.
Dan sebelum makan nasi lemak tu, aku pergi bayar yuran.
Fuhh! Dah slim purse aku, baki akaun bank pun dah berubah jumlah digit.

Last Jumaat, eh sebelum tu nak cakap awal-awal... ni bukan riak ke hape, ni aku nak bagi tips.
Friday lepas kan ada solat jumaat. So aku tak pergilah sebab aku perempuan. Kau giler kang imam bagi khutbah aku sensorang kat belakang. So far kat kampung aku tak ada perempuan gi solat jumaat.

Tapi...
Main story bukan solat jumaat tu. Haha!

Abang aku kalau nak gi solat jumaat mesti akan tanya orang kat rumah siapa yang nak bagi sedekah/duit/derma kat masjid. Kira dia tukang kutip la. (Sedih pulak perkataan 'tukang kutip' ni.).
So aku bagilah satu jumlah tetapi terpaksa dirahsiakan. Kekekeke

Bila balik je solat jumaat, tetiba abah kasi duit. Elaun dibulan itu. Ha, kan rezeki tu. Bagi sikit dapat banyak. 
Yelah tadikan baru bersedekah, tetiba abah balik solat jumaat dia kasi duit. Of course abah aku yang kasi. abang aku belum bekerja untuk kasi aku elaun.
So, you understand or not apa yang aku nak sampaikan ni??

Berbalik kepada cerita purse aku dah slim tu, rasanya aku patut bersedekah lagilah. Haha! Motif sangat nak ganjaran bersedekah.
Eh tapi sebenarnya kalau kita bersedekah tak semestinya apa yang kita dapat in return dalam bentuk yang sama juga. Macam sedekah duit nanti dapat duit balik.

Kekadang... tubuh badan yang sihat ataupun kegembiraan hidup juga antara ganjaran bersedekah.
Tapi antara tips kalau kau tengah kurang duit, pergilah bersedekah. Manalah tahu in return kau dapat duit jugak balik. Hahaha


Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah , melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah.”
( HR Muslim dan Tirmidzi )


Pendek kata, tak rugi pun bersedekah.
Selamat bersedekah!

Wednesday, 4 September 2013

Open House Rumah Aisyah.

Assalamua'laikum! *gaya bebudak tadika
Semalam punya kelmarin, aku gi rumah Ecah. Bestfriend masa kat maktab dulu.
Rindu gilak ngan Aisyah and she never changed! Masih cute seperti dulu.

Disebabkan masa tu open house, so ramai gilak sepupu sepapat dia kat situ.
Aku pun dok cover kepit depan semua orang.
Even makan pun Aisyah ambikkan. Haha!


Last jumpa Aisyah masa ambik result SPM dulu.
Eh, ye ke? Ke tak sempat jumpa time tu?
Pape jelah...

Aisyah dah nak balik Egypt bulan Oktober ni.
Aku pun nak balik Sarawak dah Jumaat ni.

Raya tahun depan jumpa lagi.
InshaAllah kalau ada rezeki.

Bai.

Sunday, 1 September 2013

Beli Kain Pasang Online.

Salam'alaykum dan salam sejahtera.
Entry ni adalah rentetan (rentetan sangat...) dari entry Business Online haritu.

Selain dari jual shawl online, Fizyani Muslim Wear juga menjual kain pasang secara online.
Harga yang ditawarkan adalah dari serendah RM40 hingga ke RM50 untuk sepasang.
Harga tidak termasuk caj postage.


Kindly visit our page for more information.

Thank you.

||
'----'