Salam 'Alayk. Rasa skema sangat tajuk. Haha. Nulis pun aku rasa skema sebab
dah lama gila blog tak berupdate. Eh orang busy taw sem 3 ni.. *fliphair*
Kalau ikutkan ni semester 1 untuk tahun 2. Tapi overall semester 3 la.
Okbai kalau tak faham.
Sem ni aku ambil ko-Q. Yeayy! Tepuk tangan!
Aku ni sejak kecil dipenuhi dengan prasangka buruk yang tinggi terhadap
ko-Q. Aku giler tak suka dengan ko-Q. Bermula dengan sekolah rendah sebab masa
tadika tak ada ko-Q, kemudian masuk sekolah menengah, masuk maktab sampailah
masuk universiti aku tetap tak suka ko-Q.
Tapi disebabkan ko-Q ni antara syarat wajib bergraduasi kelak, aku gagahkan
hati nurani ambil subjek ko-Q ni. Dan untuk aktiviti ko-Q kitorang buat program
di Kg. Sebemban, Lundu, Sarawak. Hoyeah!
Oh, ye! Basically aktiviti ko-Q mesti ada khidmat komuniti dan aktiviti
fizikal (ye ke panggil aktiviti fizikal?). Tu yang kitorang buat aktiviti
dengan penduduk kampung atau secara lebih tepatnya dengan anak-anak penduduk
kampung kemudian buat juga aktiviti trekking kat Taman Negara Gunung Gading.
Aku AJK aktiviti. Entah apa motif aku bagitau jawatan.
So, 30 November 2013 bersamaan hari Sabtu kitorang bergerak ke Kg. Sebemban
yang mengambil masa 2 jam naik bas dari Unimas. Apasal la aku rasa macam aku
tengah buat karangan ni. Dalam pukul 10 pagi kitorang sampai ke destinasi. Oh,
kitorang ada 42 orang semua sekali.
Masa sampai ni aku rasa, Ya Allah... sweetnya la penduduk Kg. Sebemban ni.
Dah la sebenarnya kitorang yang buat program kat sini tapi diorang yang memasak
untuk kitorang. Penduduk kampung siap kumpul dana untuk bagi kitorang makan
tau. Baik gilos!
Masa kitorang sampai diorang tak siap masak lagi. Dan kalau ikut tentatif,
aktiviti pertama kitorang ialah talk tentang Unimas untuk adik-adik yang duduk
kat Kg. Sebemban ni lah. So marilah kita setting tempat dulu.
Program berjalan
lancar dan pukul 12.30 tengahari memang kami sempat habiskan talk.
Alhamdulillah.
Masa dah habis talk pukul 12.30 tu patutnya lunch lah kan. Kitorang sebenarnya
dah ada makanan sendiri untuk kami-kami ni ha. Tapi, penduduk kampung jemput
kami makan makanan yang mereka dah sediakan. Penduduk Kg. Sebemban ni bukan
beragama Islam. Rasanya diorang kaum Iban. Of course, mula-mula rasa ragu-ragu
nak makan. Tapi diorang siap cakap, "Makanan ni halal..." Ha, kan
sedebik kena! Tapi mereka tahulah kan kitorang ni tak boleh makan makanan yang harooommm di
sisi agama.
Yang rasa hebat giler tu bila diorang jamu kami dengan nasi dari beras yang
ditanam penduduk kampung sendiri. Beras ni pula diorang tak jual dan hanya
untuk penduduk kampung sahaja. Nasi tu aku rasa pure je masa makan. Hahah!
Haritu tengok macam ada yang upload gambar makanan, tp tetiba tak ada.
Ni antara game yang dijalankan.
Nampak tak siapa yang cekak pinggang tu?
Ye, itulah owner blog ni. Sebab dia AJK Aktiviti so dia tak main. Dia observe je. Hahaha.
Esoknya kami ke Gunung Gading untuk aktiviti mendaki.
Before hiking. Aku tak faham kenapa mata aku bengkak time tu.
Time hiking aku tak banyak gambar. Dan aku pun malas nak cari. Tengok apa yang ada je lah ye.
Entrance Taman Negara Gunung Gading.
Patutnya fee RM10 per person tapi sebab kami ada surat dari univ. so masuk free.
yes, i do meet with raflessia.
masa tu baru second day dia bloom.
mohon jeles.
masa ni dah sampai Waterfall No 7.
Kitorang plan stop kat sini je sbb ni pun da dekat sejam hiking.
sangat jernih air dia.
*sambil show off kasut baru*
Then, lepas diorang mandi manda kitorang turun.
dan lapar...
dan makan...
mereka membasuh...
kami bersalaman...
dan pulang.
Akhirnya! Habis sudah cerita.
Tau tak benda ni aku plan nak post bulan Disember hari tu?
Ni dah nak habis bulan Januari baru siap.
Dah habis final exam sem 3. Dah dapat result pun. Alhamdulillah.
And lagi few weeks nak start sem 4.
Moga yang baik kita ambil manfaat, yg kekurangan dijadikan ibrah kehidupan.
Till then, terima kasih sebab membaca.
Assalamua'laikum!