Saturday, 24 January 2015

Borneo Highland, Sarawak. Checked!

Yeyyy! Akhirnya! Akhirnya! Akhirnya aku menulis jugak. Kau faham tak perasaan dia macam mana? Macam bunga api nak sambut merdeka meletop letop sebelah kau. Haha! Over sangat.
Aku ingat aku menulis balik lepas grad je. Haha..

Sekarang ni Sem 5. Spesifiknya Sem 1 untuk Tahun 3. Gittew~~~

Dia punya busy, perghhh tak yah citer lah. Sampai nak fikir homesick pun tak sempat. Kau faham tak macam mana? Macam kau nak balik sebab homesick, tapi kau asyik terlupa je kau homesick. Hahaha

Aku punya giler pun dah naik level. Adalah dalam dua level dia lompat. Tapi masih ok. Belum kritikal. Sebab apa giler? Sebab assignment, projek, test berlambak...

Tapi, walaupun aku lupa aku homesick... aku tak lupa lah untuk gi cuti.
Sebab tak balik so kita gunakan untuk bercuti. Destinasi pilihan...?

KRABI

Tak. Aku waras lagi.

Aku bercuti kat Sarawak je. Kat mana?

Kat sini...
Borneo Highland, Sarawak.

Aku pergi untuk 2 hari 1 malam. =)
Tapi nak sampai ke sini punyalah... ya ampun jalannya..


Tapi, alhamdulillah sampai jugak. Tehee..!


First sekali akan berhenti kat postguard pastu pak guard nanti tanya;

"Adik manis mahu pergi mana?" sambil kenyit mata.

MESTILAH TAK.

Pak guard tanya nak check-in atau tak. Kalau tak check-in kena bayar RM8 per person. Kitorang cakaplah nak check-in pastu dia tanya dah booking ke belum. Disebabkan kitorang belum booking siap siap, tu yang berhenti kat situ call orang atas kata nak check-in. Then barulah pak guard melepaskan kami dengan senyuman manisnya.

Kat sini ada dua pilihan sama ada nak bermalam di resort atau jungle cabin. Kat resort ada restoran tapi kat jungle cabin tu tak de. Hah, pastu datang sini kena bawak makanan siap-siap unless kau sanggup makan kat restoran resort yang mahal itteww.
So kitorang pilih nak jungle cabin ini yang berharga RM150 sehari.


Kami bilik No. 7


Sangat puas hati sebab bilik dia besar. Even kitorang 4 orang pun still selesa.


Ada keetle, drinking water, cawan, pastu apa ntah lagi disediakan... Kira selesalah semua. Bilik air pun besar, cuma tak ada gambar.


Ni view dari luar.
Masa kitorang sampai tu dah tengahari. So lepas solat, makan, lepak-lepak kejap atas katil terus siap nak keluar.


Muka pencinta alam habis dah ni. Padahal.....
p/s: Maafkan hidung saya yang tak mancung itu.


Ni model sambilan saya.



Yang gambar atas ni limit kawasan bagi yang tak check in. Sampai sini je pastu boleh pulang ye.




Inilah dia gambar kanak-kanak riang yang bercuti itu.








Waktu kitorang datang kalau tak silap weekday. Tu yang gaya 'kawasan-ini-aku-yang-punya'.
Dah puas melawat kawasan, marilah kita pulang. Malam itu dipenuhi dengan aktiviti ketawa sepanjang masa.

Esok tu lepas Subuh dan lepas terketar-ketar dengan kesejukan, kitorang keluar jalan-jalan kat situ balik. Orang exited tengok kabus kan...




Inilah dia orang yang tak mandi dan terus keluar tu. Ini dia.



Kita bagi dia fefeeling model bunga.
Bunga misai kucing. Miawww~~~




Tengahari tu kitorag checkout. Sebelum tu sempat singgah lagi nak ambik gambar punya pasal.






Kalimantan View Point.


Belah sinun namanya Kalimantan. Kira ayat tipikal orang bagi, kalau kau jatuh mesti orang kata,

"Arwah meninggal kat luar negara."

Sebab memang ni betul-betul sempadan Kalimantan dengan Sarawak.





Nampak tak gaya tu? Gaya pencinta bunga kan?
Tapi gaya hanyalah gaya. Aku dengan bunga jarang boleh buat satu ayat.
Kecuali kalau ayat tu;

"Hafiza dan bunga tidak boleh disamakan sama sekali"

Ok, ayat ni pass.


Air terjun ni tepi jalan.
Tu je caption yang mampu.

Lepas tu kami pulang.
Sekian.