Tuesday, 9 July 2013

I Think I Should Post This.

Urghhh! Lamanya tak update blog. Kot update pun, update gitu-gitu je. Sungguhlah aku malas nak menaip. Kan aku ada blog lagi satu before nih. Yang sekarang nih memang hidup segan mati tak mahu dah blog tu. Giler la! Blog tu aku macam tak sanggup je nak baca. Seriously, aku yang tulis? Hahhahaha

Kot aku g usya blog tu, memang aku tak sangka aku ada idea banyak macam tu nak menulis. Dah la tulis benda-benda yang sort of 'menginsafkan'? Fuh fuh fuh…

That was last two years I guess. Masa tu tengah buat asasi lagi. Masa tu pun baru aku tahu apa itu usrah. Tetiba rumet aku tanya akak senior, "Kat sini ada usrah tak?" Aku memang buat muka bajet tahu je lepas dengar padahal apa usrah tu pun aku tak tahu. Pfffttt!

Then, I got this akak usrah yang sangatlah baik. Undenial. She was my lecturer back then. Lecturer asasi jugak. Tapi at the same time she was my akak usrah. Aku seronok je pergi usrah time tu. Masa tu aku rasa usrah is just about gather around-having some tarbiyyah-present utk tajuk yang aku dapat-makan2-chatting dengan geng usrah. That was fun pergi usrah. Sebab geng usrah pun baik belaka. Sue me if not. Heh.

Sebab tu, aku rasa benda yang aku tulis kat blog pun bebaik je aku rasa. Hahah!

Lepas tu masuk degree. Y'know those kind yang kalau kau under usrah ni then dia akan pegang kau sampai-i-don’t-know-when. That’s how I got many self-conflicts inside me joining the usrah. Yang buat bila aku kena pergi usrah untuk minggu tu, I feel like; "Aku nak berhenti usrah!"

Tapi, alhamdulillah sampai sekarang aku masih lagi join usrah.

Sebab masa degree aku baru tahu yang usrah ni bukan macam gitu-gitu aje. Mungkin lah masa kat asasi rasa ringan je sebab tak ada paksaan. No mutabaah amal, no hafazan (there was, but kalau tak hafal pun macam tak pe. Do it as many as you can.). So you macam willing nak buat those things.

Masa degree ni, selain usrah, kau kena pergi mabit (which I never been there), daurah (never went during this degree), and macam-macam la. Oh, lagi! Mukayyam which is sort of like bercamping? Ye la kot. Camping.

Masa tu nak masuk study week first sem first year and I was like, "Mari mulakan study week dengan buat benda baik.". So, aku g la mukayyam tu. And know what, masa first day sampai… eh ke masa first thirty minutes sampai aku dah cakap kat Izyan, "Aku nak balik…"

To be frank, memang rasa tak ngam betul. Ada aktiviti grouping and (of course) I didn't get to be in a same group with my clan kan, buat aku fikir… "Lamanya la lagi nak balik."

You know being around dengan orang yang masuk usrah sebab memang nak masuk makes me feel worse actually. Masa tu I don’t care lipat lengan sampai ke siku, no socks… bila orang glare and aku dalam hati, "Who cares?"

Sebenarnya aku protes. Kot? I wanna see how far people can be bila dia nampak 'mungkar' tu sendiri. Is they going to slow talk with me or buat macam tak nampak ke tak kisah…

Walaupun aku tahu yang kita tak boleh nak judge orang macam tu. Entah. Aku tetiba rasa nak buat. Dah memang aku tak pakai stoking. Dah memang aku panas so aku tarik je lengan. Dah memang aku selalu libas tudung ke belakang. Dah memang…

Waktu tu memang aku tak kisah pun apa pandangan manusia kat aku. Eh, up until now bukan waktu tu je. I don’t care actually.

I don’t know what degree life has change me. Dari baju kurung ke jeans ketat. Dari tudung lurus ke bawah ke tudung libas belakang. Oh, banyaknya kalau aku fikir balik!

Konflik. Betullah aku rasa aku tengah konflik.

Last week, I went for Being ME international occasion held in PICC. Alhamdulillah. Superb. One of the speaker was Yusha Evans who was brother yang convert. Almost thirty years jugak la kalau tak silap aku dia dah convert. Yet his knowledge about Islam is much better than me yang dilahirkan Islam.

Jeles kan tengok orang yang Islam sebab memang mencari tuhan bukan sebab Islam keturunan?

Ramadan dah dekat. Jom start baca-faham tafseer-baca alquran-khatam-hafal. Rasa macam dah lama tinggal. Ngaji pun dah macam berkarat je aku baca.

Sungguhlah.


Orang yang Islam sebab nak cari tuhan tu beza dengan orang yang Islam sebab keturunan.

No comments:

Post a Comment