Thursday 5 September 2013

Tips Tengah Pokai.

Salam'alayk.
Baru je lepas makan nasi lemak, sarapan pagi tadi yang dibawa ke tengah hari so dia jadi lunch.
Dan sebelum makan nasi lemak tu, aku pergi bayar yuran.
Fuhh! Dah slim purse aku, baki akaun bank pun dah berubah jumlah digit.

Last Jumaat, eh sebelum tu nak cakap awal-awal... ni bukan riak ke hape, ni aku nak bagi tips.
Friday lepas kan ada solat jumaat. So aku tak pergilah sebab aku perempuan. Kau giler kang imam bagi khutbah aku sensorang kat belakang. So far kat kampung aku tak ada perempuan gi solat jumaat.

Tapi...
Main story bukan solat jumaat tu. Haha!

Abang aku kalau nak gi solat jumaat mesti akan tanya orang kat rumah siapa yang nak bagi sedekah/duit/derma kat masjid. Kira dia tukang kutip la. (Sedih pulak perkataan 'tukang kutip' ni.).
So aku bagilah satu jumlah tetapi terpaksa dirahsiakan. Kekekeke

Bila balik je solat jumaat, tetiba abah kasi duit. Elaun dibulan itu. Ha, kan rezeki tu. Bagi sikit dapat banyak. 
Yelah tadikan baru bersedekah, tetiba abah balik solat jumaat dia kasi duit. Of course abah aku yang kasi. abang aku belum bekerja untuk kasi aku elaun.
So, you understand or not apa yang aku nak sampaikan ni??

Berbalik kepada cerita purse aku dah slim tu, rasanya aku patut bersedekah lagilah. Haha! Motif sangat nak ganjaran bersedekah.
Eh tapi sebenarnya kalau kita bersedekah tak semestinya apa yang kita dapat in return dalam bentuk yang sama juga. Macam sedekah duit nanti dapat duit balik.

Kekadang... tubuh badan yang sihat ataupun kegembiraan hidup juga antara ganjaran bersedekah.
Tapi antara tips kalau kau tengah kurang duit, pergilah bersedekah. Manalah tahu in return kau dapat duit jugak balik. Hahaha


Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah , melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah.”
( HR Muslim dan Tirmidzi )


Pendek kata, tak rugi pun bersedekah.
Selamat bersedekah!

No comments:

Post a Comment