Haha, sebenarnya nak cakap pasal lain tapi tetiba nak cakap pasal asasi pulak padahal hampir lupa da. Ngahahaha
Ok, lets get to bisnes.
Asasi Sains Unimas ada dua. Sains Hayat & Sains Fizikal. Moleklah saya bercerita tentang Sains Fizikal ye sebab saya bukan Sains Hayat. okbai
Sains Fizikal.
Core Subject : Mathematics, Physics, Chemistry, BI, IT.
Pastu kena ambil PRS. Ni masa 2nd batch kena ambil PRS. Sekarang 3rd batch dengarnya dah tukar ngan KoQ.
Kelas 5 hari seminggu. Isnin - Jumaat. Semua kelas start pukul 8 pagi waktu Malaysia.
Kelas pukul 8am-10am. Then sambung 10.30am-12.30pm. Then sambung lagi 2pm-4pm. Pastu sambung lagi. Tapi sambung tidur kat bilik. Kakakaka. Ok tak klaka.
Hari Rabu petang ada PRS. Masa zaman aku, PRS kitorang buat intersports, lawatan gi umah kekanak autisme n dah lupa...
Lab start masa sem 2. Heaven giler. Tapi untuk 4th batch nanti tak tahu start bila.
Lecturer giler punya baik. Macam kengkawan.
Masa 1st batch total students 200++. Masa 2nd batch 600++. 3rd batch tak tahu brape.
Nama Kolej : Kolej Seroja. Macam sistem asrama, hujung toilet. Satu bilik 2 orang. Bilik luas boleh buat jemaah 5 orang.
Boleh keluar suka hati tapi curfew sampai 12 am.
Nak g kelas boleh pakai jeans. Tapi baju kurung comey g. Ngahaha...
Kedai dekat. Boleh jalan kaki. Pizza ada, KFC ada. Funfair ada. Ke dah cabut ntah funfair tu. Mata aku pun semak tengok.
Oh ye, kampus untuk asasi lain ngan kampus untuk degree. Kampus asasi ktorang panggil Kampus Timur. Untuk degree, Kampus Barat. Kampus Barat baru g dalam 5, 6 tahun kot. Umur kampus timur tua g dari aku. Sekian.
Library kitorang panggil CAIS. Centre of Academic Information System. Lebihi kurang gitu la. Malas aku nak search betul ke tak. Consider betul lah tu.
Ada bilik 24 hours. Tempat aku lepak study waktu study week. Internet laju kot 1-2 pagi cenggitu...
Tapi kat kolej ada je Wifi.
Time dekat nak study week sty lecturer slalu buat extra class. Spe yang tak g rugi r. Orang nak bagi soalan hint kot.
Sila score assignment and quiz. Help you a lot. Kalau tak, sila menyesal macam aku.
Belilah laptop sebijik untuk memudahkan ko main game sambil buat keje.
Dapat elaun KPT. Siapa dari Semenanjung dapat duit tiket flight jugak.
Degree nanti wajib sambung Unimas jugak. Jangan nenangis nak balik tukar Semenanjung. Sangat tak macho tw? Jadi macam aku. Cool. kbai =,="
Sabtu Ahad leh gi jejalan. Sewa kete ikut kemampuan. Tapi mostly orang sewa kancil. Aku tak pernah g jumpa student g sewa BMW.
Ok, dah tak ada idea nak sambung. Oh ye, Unimas ok je. Tak de kes kena tidur atas pokok so far.
babai.
Wifi kat kolej tue lju tak?
ReplyDeleteBergantung jugak dapat bilik mana...klo dekat dgn wifi tu laju la..heheh
Deletenk tanye , pakaian lelaki bebas ke
ReplyDeletewaktu kelas ke waktu map?
Deletekalau kelas berkolar la... waktu map mesti formal..
nnt kalau dah msok kelas, ada je yg pkai tshirt, tp ada jugak leturer yg suruh pkai kolar...pendek kata ikut la klo lecturer tu x kisah, pakai la tshirt biasa pun xde hal...better berkolar la.