Tetiba rasa nak menulis sebab line buat hal tetiba. Saja tw line ni!
Sekarang dah nak study week. Sebenarnya aku nak recall apa yang aku buat sepanjang sem 2 ni.
Tapi gaya macam dah lupa. Yang aku ingat pun aku banyak makan ngan banyak tidur.
Aku tak tahu la cmne aku nak jadi biliyoney dengan perangai macam ni.
Tak senonoh sungguh lah punya anak dara.
Oh ye! Masa awal2 sem dulu semangat aku cakap kat Izyan (rumet aku) yang aku nak kawen.
Tapi Allah tahu aku ni pemalas ya ampun so memang tak r jodoh aku tetiba datang masa umur doploh taun ni.
Macam malaun je banyak aku ni lagi mahu kawen. Orang nak masuk minang pun pk banyak kali.
Pastu bila dah akhir sem ni, aku dengan semangat jitunya dah buat matlamat nak kawen umur 30.
So ada la dalam spulo tahun g aku nak prepare apa2 yang patut. Misalannya, rajin mengemas, tahu menyukat sabun untuk dimasukkan ke dalam mesin basuh, pandai masak dan kejayaan yang patut dicapai bagi seorang wanita.
Pergh, memang tak beragak lah kan aku bagi diri sendiri masa sampai spulo tahun nak pandai semua kejadahnya tu. Fuh! #LapDahi
Kisah apa aku.
Oh, cakap pasal belajar! Subjek yang buat aku nak smackdown diri sendiri, subjek geologi.
Memang tahap apa aku tak tahu sebab kena membaca, kena faham bagai. Memang tak r kan aku nak gi memahamkan benda tu awal2 sem. Lepas tu, ni dekat nak study week memang terkial-kial la aku nak study.
Padan muka aku!
Tapi, masa memula belajar 1st topic geo tajuk Plate Tectonic uh seyes aku kata aku nak jugak memahamkannya. Tapi lepas masuk 3rd topic terus aku lingkup pasal Rock Cycle. Ini semua gara2 aku masuk lambat kelas pastu bila masuk topic dah setengah belajar. Hareemm aku nak faham.
Eh, tapi ada je aku cuba2 nak kejar topic uh tapi aku ni punya 'cuba2' uh memang hereemm jugak lah kan.
Sampai la ke topic last sekarang aku tak mahu paham sebab dari awal aku tak faham kejadahnya rock cycle tu.
Ntah apa dimusuhkan dengan aku sampai tak mahu Rock Cycle tu bermuafakat membawa berkat dengan otak kirikanan aku.
Subjek Programming kena ambil jugak sem ni. Ini lagi satu! Dah masuk bab Fortran Dr Gadaffi ajar terus aku lingkup masa kelas.
Dah gaya tak ada masa depan dah aku ngan Programming ni. Kejadahnya susah bebeno teman nak memahamnyee.
Last sekali, jalan paling bijak aku ambil dengan mengenali hati budi rakan semasa dalam kelas.
Aku dapat rasakan aku buat keputusan yang terbaik ketika itu. Tanpa aku sedar, masa depan begitu suram dengan berperangai peramah sebegitu.
Math pulak? Gila semangat waja aku belajar, tapi sangkut gak dah tengah2 topic. Aku buat keputusan nak sekali harung studi semua masa study week.
Kau memang bijak Fiza! Bijak! Inilah kali pertama aku belajar Math tanpa perlu menggunakan nombor tetapi menggunakan alphabet yang aku belajar masa tadika dahulu.
Malangnya kini alphabet itu tak sesenang dipelajari semasa di Tadika.
Yang pasti, aku tak pernah tahu macam mana nak aplikasi kan Math uh waktu aku kerja nanti.
Next!
Oh, survey!
Ngukur jalan. Cakap pasal survey teringat pulak survey camp. Pastu sem ni ada field trip Geo gak. Mengah aku nak g. Tapi dah berlalu pun.
Survey ni so far okey la. Sebab? sebab ok. ok yang dimaksudkan ialah okbai.
Ahah! Strenght of Materials! a.k.a SoM!
Yang kena kira2 berapa banyak load boleh beam tampung camtu semua. ok kot. cuma dah akhir2 ni tak faham sangat sebab aku malas.
Kekadang aku datang lambat kelas ni. Eh ke semua kelas memang aku datang lambat?
Aah la, semua kelas.
Mungkin la keberkatan tu hilang kat situ. #AnggukSendiri
Last subjek core aku Lab. Lab ni kena buat berkenaan SoM dengan Survey. G ngukur jalan. G test beam.
Bunyi nak gempak an? Ko toksah nak caya sangat. Ko jadikan ini sebagai bacaan ringan berbentuk bukan fiksyen je.
So talking about my life, cuti mid sem rtu aku g Labuan. Tu entry sekerat yang buat tu aku nak sambung lagi senanya.
Tapi aku tak tahu la aku nak sambung sem brape. Mungkin sem 8 nanti. Sebab aku malas.
Tiket flight dah book. Yeay! Balik memang seronok, yang tak seronok bila dah sebulan duduk rumah mesti akan aku usahakan buat benda tak berfaedah. Ish3!
Oh pastu aku nak keje senanya. Tapi tak tahu cmne. Yang aku fikir nak duit je. Sebab aku rasa duit tak cukup.
Aku tulis ni pun line still mogok ngan aku. Guane aku nak upload ni.
Oh, upu dah kuar an? Siapa dapat Unimas meh laga kepala sikit.
Gila ko kata Unimas tak best? Aku hari2 online. Setiap minggu aku kuar. Setiap hari aku memuaskan nafsu perutku dengan makanan.
Dan setiap kelas aku datang lambat.
Dan setiap kelas aku datang lambat.
Dan setiap hari aku rasa duit aku dah nak habis dalam bank sebab nak beli makanan naga yang aku bela.
#KalauKauCayaSilaHantokPaleNganTombolPintuBilikKau
Cammane aku nak jadikan seringgit yang aku ada tu jadi spulo ringgit? Aku tak mintak lebih. Aku cuma nak dia enlarge nilai 10x ganda.
Ok apa.
Masa aku naip ni, aku ada 5 assignment kena buat. Tapi aku bajet cool sebab assignment due date end of May.
So bolehlah aku lunjur kaki atas meja buat2 tak ada masalah.
Ha! Next sem sewa rumah. Kena duduk luar sebab aku tak rajin nak kumpul merit untuk pertahankan duduk on campus.
Lagilah ngalir deras duit aku ibarat tekak kehausan menyedut slurppy di panas terik mentari.
Betapa aku nak ngambarkan kelajuan pengaliran duit sem depan.
Walaupun aku masih berharap cita2 waktu kecil aku tercapai iaitu dapat kawen dengan anak raja lalu hidupku berbumbungkan siling emas, ditaburi permata, aku tetap perlu berusaha memajukan nilai dalam bank aku.
Malas dah aku nak tulis.
Ha! Jangan nyalahkan mak aku yang ngandungkan aku sebab aku memang lahir cenggini.
Malas. Nanti kot aku rajin, ko boleh puji mak aku.
Akhir kata sebab line dah okey and aku nak upload, kau g bukak tafsir Furqan.
Rujuk ni.
13:11
Ko comel kalau kau tahu ni kod apa.
Ni kod cinta kau tau?
Cinta Dia.
No comments:
Post a Comment