Friday 17 August 2012

Sebahagian @ separuh?

Assalaamua'laikum!

Separuh vs. sebahagian

'separuh' is more likely define as 'half' whereas 'sebahagian' is define as 'a part of'.

"Malu adalah sebahagian daripada iman."

"Kebersihan adalah sebahagian daripada iman."


I always get confuse with the word 'separuh' and 'sebahagian'. Contoh ayat kat atas tu, baru betul. Dulu sebelum aku tahu bezakan perkataan 'sebahagian' dgn 'separuh', aku memang tak gemar nak buat ayat kat atas tu. Sebab last skali aku yang pening mana satu ayat aku yang betul.


A: Aku
B: Teman

A: "Weyh, malu tu separuh daripada iman, lah..."
B: "Bukan separuh lah, sebahagian..."
A: "Eh, bukan separuh ke?"
B: "Sebahagian..."
A: "La... eh? Aku konfius la." #grin
B: "..."


Haha.. Itulah alkisahnya. Tapi, beberapa hari lepas aku dah dapat ilham, apa maksud 'separuh' apa maksud 'sebahagian'. Sadis.. sadis..

So, lepas ni harap semua boleh beza maksud separuh dan sebahagian. Dont get confuse as the word really means something.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Psssttt... dah malam ke dua puluh lapan.
Semoga amalan diterima.
Ameen.


Wassalamu.

Saturday 11 August 2012

Cara-cara booking ticket flight.

Wahai rakyat-rakyat jelata sekalian..!
(Sambil mengawang-gawangkan kedua-dua belah tangan ke udara)<---aku tak boleh imagine macam mana keadaannya.


Di sini Puteri Gunung Semanggol ingin menghapdate tentang...
CARA-CARA BOOKING TIKET FLIGHT!

Haha... yang pasti aku bukan agent berbayar syarikat AirAsia okeh! Ni tetiba dapat idea sebab ada makhluk Allah sorang ni post tak tahu macam mana nak booking tiket.

Btw, it might be beneficial for you or it might be not, tapi sedikit sebanyak I hope this post will help for those who need it.

Cara-caranya:

1. Click this link.

2. Lepas klik, anda akan nampak macam ni kan? So, just fill the form about your flight detail. Dari mana... Nak kemana... Bila... Sampai bila.. Atau tak nak balik langsung ke lepas fly...(manalah tahu nak bawak diri jejauh)
#AbaikanPasalFreeSeatYangTakPekdahTuh


from where, to where... you understand or not?


3. Let say; anda dari Kuala Lumpur nak book tiket ke Kuching, Sarawak untuk pergi balik. Jadi, setelah butiran diisi akan keluarlah macam ni ghupenye...


THIS IS FOR GOING OUT



..and THIS IS FOR RETURN











4. Guest detail.

Kemudian, pihak AirAsia akan minta maklumat peribadi anda.


Dekat GUEST DETAIL, sila isi di bahagian CONTACT DETAIL dan GUEST 1...

Ni gambaran yang lebih jelas untuk 'GUEST 1' punya detail...



5. Pick a seat.

Kalau anda-anda yang ada lebihan duit atau mahu keselesaan lebih boleh la pilih seat. Boleh pilih nak duduk kat tepi tingkap, nanti boleh nampak permandangan kat luar. Huhu.. Bayaran RM6 untuk seat biasa manakala RM30 untuk hotseat. Hotseat nih yang special nya hanyalah lebih luas dan berdekatan dengan pintu kecemasan.



6. Add-Ons/AirAsia Insure

Actually, aku tak tahulah yang ni insure macam mana. Tapi, kebiasaannya aku tak beli pun. Buat perabih duit je... baik aku topup.



7. Review and Pay

Yang ni summary untuk semua benda yang perlu dibayar. Di bahagian 'payment', anda boleh pilih mahu bayar menggunakan debit/credit card, e-gift voucher ataupun secara direct debit.


Payment detail:






8. Confirmation and Itinerary

Akhir sekali, sistem akan send password kat no h/p anda (contact detail yang diisi). So, password yang dapat tu kena sahkan barulah sistem AirAsia tolak duit dari bank anda.

Pihak AirAsia juga akan menghantar itinerary melalui emel anda. So, boleh print dan naik flight dengan jayanya.






-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fuhhh! Berjaya sudah selepas dengan gigihnya printscreen, edit and touch up segala benda tu. Harap-harap fahamlah ye. Kalau tak faham jugak, boleh tanya... dont shy-shy arr...

Oh ye! Sila klik pada gambar untuk gambar yang lebih besar. Maaf atas kesulitan.





p/s:
Already 22nd of Ramadhan. Semoga Lailatul Qadr tu dapat dinikmati oleh kita semua.
Akhir kata, selamat menempah tiket!

Assalamua'laikum.

Thursday 9 August 2012

Asasi Sains Unimas.

Assalamu'alaikum.
May peace be upon you.

Setelah meninggalkan blog ini beberapa hari, kini Puteri Gunung Semanggol kembali menulis mengisi kekosongan hati...lah sangat.
Okeh! Aku memang selalu lupa apa nak cakap, apa nak tulis, macam mana nak explain... Ni pun kejap tulis kejap padam. #SelfConfusion

By the way, I've told you that I want to write about Asasi Sains Unimas kan... Hari ni rajin nak menulis my journey, sebelum dan semasa menjadi pelajar asasi Unimas. Then, here you are.


1. Pergi atau tidak?

Ceh, tajuk... nyampah baca! #Whatever
Masa dapat tahu keputusan UPU dulu... perghh, hati memang sentaplah kan!
Masa tu dapat dua tawaran; Matrik Negeri Sembilan dan Unimas (Asasi Sains Fizikal).
Sebelum tu, aku memang dah separuh nekad tak nak masuk matrik. Sebabnya, matrik just a way like school system. Haha! Berlagak kau ye? Yelah... aku dengar ex-matrix cakap, matrik ni still peraturan macam sekolah walaupun not exactly lah. Then, diorang kata pelajar matrik kena pakai baju kurung ke kelas. (pelajar lelaki dia tak suruh pulak pakai baju melayu?). Nak outing pun still macam sistem sekolah. Before dapat mana-mana tawaran mind set aku memang dah tetap yang matrik tak best.(Mindset aku ye, bukan mindset kau!)
Tapi... bila dapat tawaran pulak, ke-confius-an melanda diri aku. Masa tu memang aku sobsob bebanyak. Yelah, dapat tawaran asasi jugak tapi the real problem is i got at Sarawak. Itulah masalahnya.

Kenapa?

Masa tu aku fikir mesti abah takkan kasi aku belajar kat Sarawak nun. Ohho! before I forgot, masa dapat tahu aku dapat program Sains Fizikal pun aku agak kiciwa sebab aku plan nak jadi doktor seperti yang diangankan oleh abah. Tapi yang tu kira belakang cerita sebab yang penting aku fikir macam mana kehidupan aku kat matrik nanti.(Masa tu rasa macam konfem je yang aku akan sambung matrik). Adalah beberapa hari aku termenung memikirkan nasib. Huhuhuhuhu...
Dipendekkan cerita, akhirnya kata putus diambil. Aku sambung asasi jugak. Tehee!!! dan bermulalah kerajinan aku menguruskan segala borang-borang yang diperlukan untuk pendaftaran.


2. Penerimaan tawaran.

Ha! Yang ni of course kena buat untuk memaklumkan tawaran diterima. Lepas kita dah cakap (tak perlu cakap, online kot) kita terima tawaran, banyaklah borang-borang yang menari kegirangan minta di muat turun. Borang yang penting sekali ialah panduan kemasukan. Inilah guideline yang akan menerangkan step-by-step apa yang perlu dilakukan sehinggalah kita berjaya menjejakkan kaki ke Unimas. Yang bestnya unimas ni, pendaftaran dibuat secara talian (online). So, nanti sampai sana just daftar kolej kediaman sahaja dan penyerahan borang-borang yang dah dimuat turun. Antara borang-borang yang dimaksudkan seperti, borang checkup, beri kebenaran pembedahan, ikrar pelajar dll. Senang je kan?
dan... kena buat perkara basic lah. Medical checkup, ambil gambar passport bebanyak, isi borang sampai pen habis dakwat, pengesahan setiap salinan yang diperlukan daripada orang-orang tertentu dll.


3. Oppss! DPT?

Bagi pelajar yang bukan dari Sarawak perlu memiliki Dokumen Perjalanan Terhad (DPT). DPT ni fungsinya nanti sebab kita nak buat pas pelajar (universiti uruskan kemudian).Yang pastinya mesti pergi ke pejabat imigresen untuk memohon DPT.
Tak lama pun, sejam je, dan bayarannya hanyalah RM5. Murahkan? Kau kalau topup pun spuloh hengget!
Lagipun DPT ni tahan untuk 5 tahun.
Lepas tu jangan lupa masa dah sampai Airport Kuching, masa kat imigresen tunjukkan IC dengan DPT ni. Sebab nanti pegawai imigresen akan cop kat dalam DPT tu instead bagi kertas yg ada cop. Ingat, mesti tunjuk kat pegawai imigresen! Mesti!


4. I'm alone...

Hahaha.. Takyah lah sedih bebenar kau nak datang unimas. Yang sedihnya bila nak beli tiket tu je sebab mahal bebeno. Sebab, nanti masa di airport Kuching, pelajar asasi akan ditunggu oleh senior yang in-charge Majlis Aluan Pelajar (M.A.P) dan tunggu di balai ketibaan. Siap pasang sepanduk lagi. Tak payah risau nak cari kereta sewa ke, kekawan sehidup semati ke, hape ke... dan bas unimas sedia menunggu membawa pelajar asasi ke universiti yang memakan masa selama 20 minit. Kalau datang dengan parents, nanti naik bas pun sama-sama. Tapi, parents tak bolehlah stay kat uni punya kolej kediaman. Kena cari hotel untuk bermalam. Tapi, jangan risau sekali lagi! Sebab senior2 akan membantu mencarikan teksi untuk anda yang memerlukan.


5. Sampai sudah.

Masa dah sampai uni nanti, akan ada sedikit taklimat tentang flow pendaftaran. Ikut jelah apa yang ditetapkan tapi sampai je kat uni nanti pelajar asasi akan mendaftar kolej terlebih dahulu. Masa tertentu akan ditetapkan untuk sesi menghantar borang-borang berkaitan (yang download bebanyak tuh).
Sambil-sambil menunggu hantar borang bebanyak tuh, bolehlah mengemas bilik. Satu bilik dua orang. Best kot!
Aku tak tahulah kot ada yang datang dari semenanjung dengan baldi-baldi sekali dia angkut an? Tapi yang pasti, aku tak buat macam tu. Aku lebih risau pak cik polis kat imigresen uh tahan aku sebab bawak baldi yang boleh mencederakan orang.

Masa aku dululah kan... aku daftar hari Sabtu, then hari ahad akak-akak senior volunteer nak bawak pergi beli barang dekat Desa Ilmu. Desa Ilmu ni ibarat pekanlah. Ada kedai runcit, taman perumahan, restoran, pizza pun hado! funfair pun ada... hehe.
So, senior2 ni ada yang tengah buat master, baru abis degree, and ex-asasi juga. diorang nilah yang baik hati membawa kami2 pelajar asasi menaiki kereta (kenderaan itu penting sebab aku malas jalan kaki)ke Desa Ilmu membeli keperluan yang tidak mencukupi.
Tapi, kalau nak jalan kaki dari kolej ke Desa Ilmu pun ok je sebab tak jauh mana. Sepuluh minit jalan kaki... hrmm, lebih kurang macam tulah.
Ringkasannya, kemudahan senang didapati. Tak perlu beli penyapu dari semenanjung untuk bawa ke Unimas ye?


7. MAP.

Majlis Aluan Pelajar. Seminggu tu memang kena di-budak2-kan sikit la. Tapi tak pe, just enjoy sebab best. You'll get many things throughout this one week. Enjoy supaya anda dapat adapt dengan suasana.




Pheww..! Selesai sudah. Itu sahaja yang mahu dicoretkan buat masa ni. Any question, just leave at the comment. =)

Salam 10 malam terakhir.
Assalamu'alaikum.




p/s: untuk tahun 2011/2012 ye ni.
Kalau ada pape perubahan, i dont know lah ye...

p/ss: nah klik kat link ni..--->  Grup Rasmi PPPU. Tetiba rasa nak bagi link. (pun boleh..)

p/sss: kalau ada yg nk tnya soklan tp segan nk tanya kat sini, emel kat sy okeh.
nurul_watermelon@yahoo.com


*UPDATE 18 MAY 2014*
Sebab tuan punya blog ni dah 2 tahun meninggalkan zaman asasi, jd tuan punya blog takut informasi yg diberi tak sama dengan sekarang. Jadi here is PPPU punya fb group which u can refer and ask questions and they will give more precise answer for you. cewahhh..

Friday 3 August 2012

Random Post.

Salam 'alayk!
and... salam 14 Ramadhan. How's your day and how you end it up? Semoga baik-baik sahaja. Memang bestlah kan Raya lagi 16 hari but then, for me yang nak daftar masuk degree ni agak kacau bilau di situ. Sekarang tengah sibuk (sibuklah sangat!) cari bantuan sana, bantuan sini... cari biasiswa, urus/isi borang-borang kemasukan yang tebalnya melayakkan aku dipanggil kerani, ambik gambar passport, medical check up dan mengesahkan segala salinan yang aku ada.
dan yang paling penting! aku tak beli tiket flight lagi. Padan muka! hari tu waktu tiket murah tak nak beli, sekarang dah naik harga baru kau cuak! Waktu-waktu macam nilah aku harap si Tony Fernandez tu adalah jiran sebelah rumah aku supaya senang aku minta diskaun harga tiket dari dia.#WillYou,Mr.Fernandez?
Barang-barang nak bawa pergi sana, hurmm... rasanya tak payahlah nak bawa yang simple-simple things tu kot. Beli kat sana je lah, senang sikit. Boleh berlagak sikit sebab ex-asasi Unimas kan... So dah tahu kat mana nak beli barang. Mwahaha!(Ok, tak lawak)
I just hoping that life in campus will be easy for me. Okay, sangat takut nak masuk degree ni. Takut dengan orang sekeliling, dengan pelajaran, dengan everything that related to campus' life. Seriously, takut. Hoping everything will follow the flow and aku dimudahkan hidup kat sana especially dalam sesi pembelajaran. Kenapa? Sebab aku ni ngok ngek sikit.
Alhamdulillah sebab waktu sambung degree nanti dah memang ada kawan. Of course lah kan sebab ex-asasi Unimas diwajibkan sambung di Unimas jugak to pursue their degree. You get the idea? Btw, cool kot! (Walaupun mula-mula aku bengang jugak). Cayolah cakap den, asasi Unimas best giler!#SebabAkuSelaluAdaWaktuUntukTidur
Ada masa nanti, I'll tell you about Asasi Sains Unimas. Hokeyh?! Till then, assalamua'laikum.

Beginner.

Assalamua'laikum! Akhirnya... menulis jugak aku untuk post pertama. Asyik dok pikir bila nak tulis tak jugak tulis-tulis. Since this is my first post, i would like to address myself.
ehem-ehem... my name is Puteri Gunung Semanggol (nama glemer nih!).. I would like to dedicate this blog specially to myself sebab... sebab yang aku sendiri tak tahu. This is my story, and this is my territory.
I've finished my foundation at Unimas yang deabak lagi gemilang tuh last May... dan it almost 3 months i tanam anggur dengan jayanya. This September I'll fly back to Unimas again nak sambung degree berbekalkan result yang aku dapat kat asasi. Please ea, Unimas kat Sarawak! Menci tol aku asal aku kata aku study Unimas je diorang kata Unimas tuh kat Sabah! #ImNotBeingRacistIJustDefending
For those yang nak tahu tentang Asasi Unimas, do not hesitate to ask me keyh? Aku akan pastikan ngko-ngko yang tak nak pergi Asasi Unimas tuh terus tukar fikiran dan berfikir untuk menetap di situ (Sarawak) selama-lamanya. #OverDowh
Akhir kalam, sambutlah salam perkenalan dari Puteri Gunung Semanggol. Salam Ramadhan!