Saturday 25 May 2013

Kisah Hidup 2.


Assalamua'laikum.
Jakgi nak buat assignment senanya tapi lencong update blog dulu.
Untuk kamu-kamu yang nak masuk asasi unimas tu, welcome okeyh... kalau nak tanya pape just drop a comment below.

Nak cakap pasal life yang aku dah lalui sepanjang sem II ni. Sem II ni aku banyak rugi. Banyak sgt terutamanya rugi masa.
Terlalu banyak masa tapi banyak jugak aku bazirkan dengan sia-sia. Tapi masa tak boleh diundur, dijadikan pengajaran boleh.

You know when you keep a distance between you and your creator, you'll fail. You'll lost.
Sebab tu walau sesibuk mana pun, solat jangan lupa.
Aku baca kat ne ntah dia tulis;
"Solat itu ringan bagi orang yang memberatkan solat tapi berat bagi orang yang meringankan solat."

Pastu ada sorang kakak ni kata, salah satu cara release stree dengan solat.
Dah kalau you have the 'distance', cmne nak release stress? Kan?

Aku selalu je call mak kata aku ni malas belajar asyik nak tido je; pastu mak mestim suruh solat hajat...
Cumanya aku je malas, smpai sekarang tak buat.

Sem II aku sangat steep. Kau tahu kalau lukis graf yang tahap steep dia boleh jatuh gaung mati tak jumpa uh..(kalau ko tak faham, abaikan.)
ha, macam tu la idup aku!

Sebab dia aku tahu je...
Sebab sem II ni, im sort of having that 'distance'.
Apa yang aku buat aku rasa bermasalah. Macam setiap benda yang aku lakukan tak ada solution. walaupun dah solve still rasa tak puas hati, tak senang hati.
Pastu aku selalu rasa nak ngadu kat someone problem aku ni.

Tapi aku pulak jenis tak suka cerita kat orang apa masalah aku sebab aku rasa cukuplah Allah tahu.
Selalu je aku rangka ayat konon-konon jakgi nak cerita kat orang la.
Last2 tak jadi sebab aku rasa; "baik ngadu kat Allah."
...dan yang silapnya aku sebab aku tak jadi ngadu pun kat Allah.
Aku lupa terus.
Selalu pulak tu.
Nampak tak 'distance' kat situ.
Seolah-olah kita lupa Allah Maha Pendengar.
Maha Pemberi.
Maha Luas Rahmatnya.
Pastu dok simpan sorang-sorang.
Mungkin lah sebab aku rasa macam; "Oh tak penting pun prob ni. Lain kalilah mengadu kat Allah."

Sampai ke sudah aku cenggini.
Allah dok nanti-nanti hamba dia ngadu sebab Dia nak bagi solusi.
Tapi nyombong... siap terlupa lagi.

Aku selalu je rasa macam tak cukup.
Padahal rasa tak cukup tu datangnya dari 'distance' tu.
Sebab rohani tu kosong.
Yang kat dalam tu nak juga pengisian.
Tapi dibiarkan penuh noda.

Hati tu tak selamanya bersih. Dia perlukan zikir jugak untuk hilangkan bintik hitam.
Bintik hitam walaupun sekadar bintik, kot dibiarkan lelama akan jadi kepul-kepul jugak.
Macam HIV yang akan jadi Aids kalau tak rawat. (eh, ke HIV tetap akan jadi Aids? ntah...)

Lagi satu yang aku rasa ngilu sangat bila Allah tetap sayang walau aku ada 'distance' tu.
Aib ditutup, kejayaan dijaja.
Bila aku nak ponteng je, tetiba kelas memang cancel.
Bila aku rasa sunyi, eh tetiba ada kengkawan datang buat aku gelak.
Bila aku down je, eh tetiba ada budak lagi teruk life dia.
Bila aku tak siap assignment, eh tetiba ada member kasi tiru. (sila jangan tiru)

tahu tak feeling yang bila kita rasa tak cukup, tetiba semua yang kita nak ada depan mata.
padahal tadi baru lepas buat dosa.

tahu tak feeling yang bila baru je buat dosa, tetiba rumet balik kau baru abis solat.
dosa yang dibuat tadi terselindung.

tahu tak feeling yang kau rasa tak cukup tapi on the spot Allah cukupkan.

tahu tak feeling yang rasa diri tak berguna?

tahu tak feeling yang kita selalu bazir masa online tapi Allah bagi lagi lebih masa?
then boleh buat assignment yang tertunggak.

tahu tak feeling dia bila kau memain dalam kelas, tapi sekali member tanya soklan kau terus faham dan boleh bagi jawapan kat dia.

tahu tak feeling bila kau ada member yang usaha lebih nak cukup duit, tapi kau senang lenang bazir duit tanpa usaha.

tahu tak feeling bila semua yang jahat2, yang buruk pasal kau semua tak tahu.
Yang baik2 psl kau semua Allah nampakkan depan kengkawan kau.

Feeling yang bila kau ada 'distance' dengan Allah tapi Allah masih bagi semua.

Semuanya memang gara-gara distance ni.

Nanti, tak kisahlah macam mana keadaan kau.
Kesusahan apa kau tanggung.
Ingat Allah.
Ngadu kat dia.
Jangan jadi cam aku ni.
Oh, sila doakan aku berubah.


Bersyukurlah.
"Nikmat Allah yang mana kamu dustakan?"

Hah Fiza?


Nah. kod rahsia.
Kalau kau tahu, kau sangat stail okeh!

9:129

No comments:

Post a Comment