Saturday 31 August 2013

Online Business.

Peace be upon you.

Hi there! I'm starting an online business with my friend, Izyan.
We are selling muslimah-wear product-oriented and you can view them on our page, Fizyani Muslim Wear.
Check it out!
Your 'like' we appreciate the most.

Few products from us is a wide shawl (picture) and tudung akel (yet to restock) with an affordable price.
..and please make your du'a for this bussines to be one of those succesful one.



Thank you with love.

Sunday 25 August 2013

Labuan... checked! Part 4.

Yeehaa!!
Ada jugak penghujung benda alah ni.

Berakhirlah sudah percutian di Labuan dalam entry Part 3 hari tu. Pagi keesokan harinya kitorang gerak ke KK. Naik feri jugak duit tader nak naik flight. Ececece...

Dan sampai je kat jeti kami bersarapan dulu. Lapo...

Nasi goreng yang mahal


Sarapan pagi bertemankan pemandangan yang indah...
Puitis gittew.

Sekitar Kota Kinabalu.

Sebab KK popular dengan Pasar Filipina, jadi kitorang pun pergi. Beg barang kitorang simpan kat bilik simpanan barang dalam bangunan yang jual tiket tu.
Harga dah lupa... Tapi murah je untuk setiap sejam.

Ini dia...
Mulalah sesi tawar menawar.



Ni pun rare. Jarang aku nampak.
Berderet pakcik-pakcik ni dengan mesin jahit masing-masing sekitar pasar filipina tu.

Habis aku memborong, kitorang gi jeti balik sebab nak naik teksi nak gi airport.


 On the way ke airport.






Alhamdulillah. Habis pun.
Next semester break, kita plan cuti tempat lain pulak.

p/s : semua gambar yang diambil adalah dari jasa xperia8. *iklanjap


Assalamua'laikum.

Thursday 22 August 2013

Sepupuku Bakal Birasku.


Aku rasa semua orang ada sepupu yang memang rapat dari kecil.
I have one.
Aku ada ramai sepupu tapi yang ni paling rapat.
One year younger than me. Tapi aku suka address dia tua dari aku kalau orang tanya.
Haha

ini sepupu saya yang hot, najihah namanya
heheh

Lately, we came out with a deal.
It was all starting from me.

Aku terfikir orang yang dah kahwin, kalau perempuan, then ikut suami balik kampung...
Fuhh! Bosan je aku rasa. Duduk sorang-sorang.
Dah sah-sah laki kau tak nak layan dia entah kemana.
So....

"Jihah, apa kata kita kahwin twin? Kau ambik abang, aku ambik adik."

Jihah.was.bewildered.
I added later.

"Nanti tak adalah bosan sorang-sorang. Makan sama-sama, basuh pinggan sama-sama, borak sama-sama.."

Heheh
Ok what?

and...

She agreed later.

Yeay!!

M Size.

Assalamua'laikum. Kum apa? Kumbet... bet apa? Lu fikirlah sendiri...
Huaarrgghhh!!! Aku rasa ni tahun kemunduran akulah.
Start dengan kebodohan ketika belajar dituruti dengan keputusan yang teruk dan sekarang...

Kenaikan pada berat badan.

Aku rasa dulu aku cool je kalau berat badan naik. Ececece...
Padahal dulu berat badan tak naik kalau makan banyak. Ke aku memang tak makan banyak? Ntah.
Tapi sejak balik hari tu semua kata aku gemuk.

"Nurul, makin tembam sekarang..."
"Nurul, badan dah naik..."
"Kau gemuk dah Nurul..."

Chisss! Walaupun mula-mula aku abaikan je kata-kata penaik semangat macam tu, tapi...

"Perempuan sekali naik badan dah tak boleh turun dah..."

Chiss! Sekali lagi aku tak nak ambik peduli jugak.

Up until just now, I tried my sister's baju kurung.
...and it stuck too much.
What the..?!

Tahu tak definasi kurus bagi aku apa?
Kurus ialah apabila muat memakai baju adik yang bersaiz XS.

Oklah. Melampau saiz XS. Saiz S.
Tapi badan dah saiz M. How???

I should start doing something.

okbai





*nak pergi dapur, rasa macam laparlah pulak

Wednesday 21 August 2013

Popular Sekejap.

Hai.
Sebenarnya aku nak buat kerja lain tadi, tapi melencong update blog.
Pastu dah melencong update blog, tak tahu plak nak tulis apa.

Hari tu Izyan pedajal aku. Ada ke patut.
Eh bukan pedajal. She just boost up my popularity. Ngahaha
Aku popular okeh sebelum ni..

Alkisahnya aku gitau dia aku dah update blog. Sebab dia memang tahu aku ada blog.
Lagipun pasal cuti gi Labuan haritu, kan pergi dengan dia.

Kau tengok budak ni.

Semangat aku gitau tak yah share. Then aku off blog.
Adalah dalam setengah jam aku on balik.

Tetiba rasa hairan kenapa trafik blog naik. Pastu tengok je trafic source...
Eh, datang dari facebook..

Tau dah keje siapa ni.

Kan aku dah agak.. Popular aku tetiba.
Saboo je lah.




Terima kasih Izyani mempopularkan aku.
Hilang dah title macho aku.

Muka lejen tapi nulis blog.

okbai

Tanda-Tanda Anda Terlalu Bersosial Di Internet.

Assalamua'laikum!
Tadi aku baca Metro dan tertangkaplah mata ini pada tajuk di atas.
Ceh ! Siap ada tanda-tanda bagai kalau selalu bersosial. Tapi bersosial di internet lah...

Jadi, apakah petandanya?

1- Baca, komen dan mempromosi blog orang lain tanpa usul periksa.
Baca blog orang lain aku selalu buat, tapi komen dan promo blog orang... ermm... dah lah tanpa usul periksa.. eden is soooo tak kose. Ngahaha

2- Menggunakan 'hashtag' (#) dalam e-mel rasmi.
Eh, suka hati kau je nak letak hashtag. Kau ingat twitter? facebook?
Untuk makluman #YAB Dato' Seri Najib, saya merupakan bla.. bla.. bla..
Kau giler nak buat cenggitu?

3- 'Check in' di Foursquare di mana saja anda berada.
Oh, yang ni aku tak pernah buat! Sign up pun tak. Lagipun benda ni bahaya kalau selalu sangat update.
Manalah tahu, ada orang aim kita selama ni. Dah selalu sangat check in, kang ada jugak yang tak dapat check out. Fuhhh!

4- Memeriksa telefon anda (Fb. Twitter, Instagram dll) adalah aktiviti pertama dilakukan sebaik bangun dari tidur.
Rasanya, lepas aku dapat beauty sleep semalam, bangun tadi aku cekidaut ada apa kat bawah tudung saji dulu. Then baru bukak fb. Ngeheheh

5- Mengemas kini status meskipun sedang keluar atau makan dengan manusia sebenar.
Yang ni pun aku jarang buat. Penting untuk aku fokus pada makanan daripada update status. Kang tak pepasal ada yang komen suruh tapaukan. Hahaha... Giler pemalas.

6- Anda kongsi segala-galanya.
Tak. Sila beli sendiri.

7- Kata-kata anda terhad kepada 140 patah perkataan sahaja.
My life got no limit. =,="
Kot aku tweet pun, aku tweet banyak kali supaya patah perkataan aku jadi berganda-ganda. Aiya...

8- 'Like' status anda sendiri.
Pun hadoo?





Dengan ini, aku bagi 5 stars kat diri sendiri sebab tak termasuk dalam tanda-tanda tu. Hahaha
Yes, this is what we call 'syok sendiri'.
Okbai

Three In The Morning.

In the middle of night, I feel hungry.

Oh, it's already morning! Not a night anymore.
0301am.
Since that, I should sleep now.
By the way, have you heard that when we felt hungry actually our mind also confused to declare it as hungry or thirsty feeling?

So... what to do next?

Drink a water before going to bed.
Till then... Lets have a beauty sleep.

Good night!
Assalamua'laikum.

Tuesday 20 August 2013

Labuan... checked! #Part 3

Lepas habis melawat Taman Botani tu, kitorang pergi tengok chimney. Rasanya memang hari tu habis kitorang jalan satu Labuan. Lagipun Labuan tak besar mana. Sehari je dah habis melawat semua tempat. Masa first day kitorang banyak sesat jugak, tapi kitorang tak buat u-turn pun. Pusing je satu Labuan tu nanti jumpa tempat yang sama balik. Jumlah luas Labuan ialah 91.64 km persegi.

On our way...



Ececece... tak sampai lagi dah ambik gambar.


Muzium Chimney.
Ada tukang jaga je kat dalam.
Campur aku dan Izyan adalah tiga orang kat dalam.

Ni kat luar. 



INFO:



Menara Chimney

INFO:


Tooodia..!

Next, we went to Taman Burung.

see? see?
haha










...dan gerak ke tempat lain.






Very nice place for sightseeing.





Ke sini pula.
Cuba teka apakah ini?



This
is
.
.
.
.
.
.
.
.



Definitely.
Peace is the best. 

Kawasan sekitar.
Dekat je dengan laut.
A stone throw.


Nak balik bilik.


This is rare. Haha!
Sebab kat bawah ayat 'Kawasan Kampung' tu ada tulis;
"KELAJUAN MEMBUNUH WARGA KAMPUNG"


Cap Ayam.


Hasil borongan.


Night view from our room.



Oh yeah! Siap Part 3!
Last part menyusul nanti.
Bai

Monday 12 August 2013

UNIMAS Degree.



Eh, bulan depan intake baru nak masukkan?
Selamat datang!

Gambar kat atas aku ambik dari gugel... Hai, siapalah yang kreatif sangat buat ayat camtu.
Tapi lawak. Haha!

Entry kali ni aku nak tunjuk gambar sekitar Unimas bukan sekitar Sarawak ye.
Kalau sekitar Sarawak tu mohon gugel sendiri.

Unimas ada dua kampus. Kampus Timur dan Kampus Barat. Kampus Timur untuk pelajar asasi dan Kampus Barat untuk pelajar degree dan ke atas. Huhu...

Disebabkan bulan September ni intake untuk degree so entry ni berkisar pasal Kampus Barat. Oh ya, fyi Unimas tak ada diploma. Kang ko kata aku racist, baik aku bagitahu awal-awal.



Ni view keseluruhan Kampus Barat. Unimas ada tiga pintu masuk. Pintu barat, pintu selatan dan pintu timur. Dan pintu timur of course dekat dengan Kampus Timur but still boleh guna nak masuk ke Kampus Barat. Jauh sikitla...

Kita start dengan Pintu Barat.



Gerbang tu baru siap tahun ni.
Close up sikit...




Yang ni Pintu Selatan.
Eh bukan bangunan tu!
Yang dekat dengan bulldozer tu ya... Situ la arah nak masuk ke Unimas.
Pintu Selatan ni dekat dengan Kolej Kediaman. Kolej TAZ.

Unimas ada lapan fakulti dan lapan kolej kediaman. Nak masuk sembilan sebab Fakulti Medic dan Kolej Kediaman Dahlia (untuk student medic) is under construction. Tu yang ada bulldozer tuh. Sebab jalan ni dekat dengan construction site.

Sekarang ni Fakulti Medic di Kuching dan kolej diorang pun kat Kuching.
Tapi rasanya diorang dah start nak pindah main campus.

Enough with that.
Kita start dengan Fakulti Kejuruteraan. Sebab apa?
Sebab fakulti aku. Huahuahua





Cantiknya... fakulti siapalah ni?
Ish ish ish

Ini Fakulti Sains dan Teknologi Sumber. Tapi ada satu gambar je.

Ni kalau tak tahu fakulti apa, tak dapek den nak nolong. Sila baca papan tanda.




FSGK dekat dengan Cais (library). Dan dekat dengan bookstore.
Aku rasa fakulti ni paling lawa sebab tiang dia warna merah.


Kalau tengok fakulti lain... hmmm...
Syahdu je aku rasa.

Ni sudah terang lagi nyata.
FEB.


Sama je gambar ni. Cuma satu ada banyak kereta, satu lagu carpark kosong.

Bawah ni Fakulti Sains Sosial.



Hujung tu bukan KL Tower. Bajet doe...
Tu water tank.
Haha!

Ni full picture.

Fakulty Medic & Health Science.

Ni kat Kuching. Yang kat main campus is under construction. Aku pun xkose la kan nak cari gambar under construction nih...

The last one.
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia.

Taken from here.
Ni je yang aku tengok semenggah sikit gambar. Yang lain tak berapa nak jelas.

So move to the important part.
Kolej kediaman.
Sebab apa important?
Sebab tempat tidur, tempat online, tempat belajar, tempat sembang tak ingat dunia, tempat terberak terkencing dll. Hehe


Kolej Sakura. Kolej yang menempatkan hanya pelajar perempuan.
View yang berhadapan dengan court.


Ni view yang berhadapan dengan tasik.
Entah mana satu depan, entah mana satu belakang wa tak tau.


Atas ni Kolej Allamanda.
International student stay kat kolej ni tapi kolej yang ada aircond.
Kolej yang tak ada aircond for local student.

 Kolej Cempaka




Kolej Bunga Raya.

Kolej TAZ.




Cais yang aku puja-puja selama ini.






Kompleks sukan.

Bahagian dalam.

Pusat Boling.

Swimming pool.

Berkayak.

Stadium.

DeTAR Putra.

Bahagian dalam DeTAR.

 ..and last but not least.
Pusat Islam.
Baru je siap tahun ni.






Akhirnya!!!

Ada je tempat lain yang aku tak share gambar. Malas dah.
Semua gambar yang ada adalah ihsan gugel dan dari blog orang lain yang aku tak kreditkan pada mereka. Sorry. =(

Harap entry ni sedikit sebanyak bermanfaat pada orang lain.
Dan..! Dan..!
This is Unimas's official web portal. Cekidaut!

Akhir kalam.
Wa penat, wa nak tido, wa chow dulu.

#psstt...kalau nak tanya apa-apa pasal unimas, just drop your comment okay?

Assalamua'laikum.