Monday 12 August 2013

Labuan... checked! #Part 2

  Ek eh... lama punya benda kau nak cerita!
Takesah la...

Punya la lama last entry pasal Labuan sampai aku pun rasa tak mau sambung entry hari tu. Fuhh!
Aku struggle kau tau nak ingat mana aku pergi.

Bismillahhirrahmanirrahim...
Last aku update ritu pasal Izyan khusyuk tengok peta nak pergi mana esok tu. Kau tahu peta tu kitorang dapat mana??
Nuhaa... kitorang cari sampai kat airport Labuan.



Baca peta sambil makan cekelat Nips

Kitorang lepak kat tepi pantai masa nak baca peta tu. Tapi harap maaflah ye, pantai tuh aku tak ingat nama. Yang aku ingat pantai tu dekat dengan pengkalan tentera

Bajet retiss sangat minah ni

Tu bukan burung helang okeh

Benda ni yang buat aku jakun

Walaupun kat Kuching selalu je aku tengok kapatebang dekat macam kat atas kepala, tapi kat Labuan aku tetap menunjukkan kejakunan.

Balik dari pantai ni, KALAU TAK SILAP aku pergi kedai duty-free. Tak beli coklat pun sebab takut cair.

Yang rokok tu, saja je letak buat penyeri gambar.
Rokok merosakkan kesihatan.

Kalau aku buat perbandingan, rasanya coklat kat kedai dalam jeti tu lagi murah berbanding kedai lain. Kedai lain mahal dalam seringit dua la.


Tempat ni dekat dengan Melati Inn tu. Aku pergi jalan kaki je. Kat lorong ni (seyes aku tak tahu nama dia), ada banyak jual baju-baju. Tshirt cap ayam pun banyak. Klaka je aku baca tulisan kat shirt tu semua.
Pastu aku beli satu baju ni. Baju muslimah. RM26 sehelai. Punyalah kenyit-kenyit mata kat penjual tu minta kurang.

Haha... Tak, aku tipu.

Aku pujuk orang tu suruh kasi murah. Pastu dia siap cakap jangan cakap kat orang lain yang dia bagi harga spesel kat aku.

Eh, aku tak cakap. Kan aku tulis ni.
Ngehehe..

Kedai kain pun aku masuk. Kain cantik-cantik, harga pun murah.

Kiri sepasang RM13, kanan sepasang RM16
Sebenarnya tempat ni aku tak ingat, aku pergi masa first day ke second day. Takpe tak penting. Bukan masuk exam pun.

Esoknya, kitorang start dengan rumah atas air. Nama tempat ni, Kg Patau-Patau 2. Kenapa 2? Sebab dia ada lagi satu Kg Patau-Patau 1 tapi kitorang tak pergi.




Kitorang tak gi hujung-hujung pun. Sebenarnya aku pun tak tahu boleh ke tak masuk sampai hujung nun. Disebabkan titi tu yang lobang-lobang, Izyan cuak aku pun cuak. Akhirnya dua-dua ambil gambar kat titi je.

Next, pergi Muzium Labuan. Kat Semenanjung tak nak pulak aku pergi tempat bersejarah macam ni.
Haha...
Sebenarnya tak banyak sangat tempat boleh lawat so pergi yang mana ada jelah.


Free of charge dan hanya kami berdua je yang ada masa tu.



Pokok ni kat luar muzium bukan kat dalam.
...dan ini pokok bersejarah.
Sebab apa?

sebab ni...

Next checkpoint ialah World War Memorial.
Jangan nak kondem aku pulak gi kubur ni.


Sangatlah tersusun kubur memasing.
Ini baru me-real-kan ayat;
"Kubur masing-masing."



Aku rasa aku ikut rombongan sekolah sebab pergi tempat-tempat macam ni.
Depan Taman Botani ni ada sekolah menengah.
Kalau kat sekolah aku student kalau serong pergi klinik, kat sini aku rasa diorang pergi Taman Botani.
"Bagus adik-adik! Akak bangga dengan kamu."

*serong = ponteng

Taman ni luas. Boleh buat tempat beriadah jugak.




pun hadoo...


Dan Part 2 berakhir di sini. Next part tunggu next entry.

Selamat Hari Raya!

3 comments:

  1. cepat update part 3! ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...mungkin 4 bulan lagi.
      Kehkehkeh

      Delete
    2. todiaaaaa. xpa2 aku kan memahami haha

      Delete