Saturday 10 August 2013

Tips Ajar Anak Solat.

Tajuk nak gempak.
Sebab apa gempak?
Sebab aku belum kahwin hatta tidak mempunyai anak juga.

Anak tekak tu ada la.
Ngehehe...

Tapi benda ni aku apply kat adik aku.
So nak bagi tajuk catchy sikit, letaklah 'anak'.
Anak bapak aku jugak.

For parents, sisters and brothers out there yang nak ajak anak, adik solat... bolehlah try cara aku.
So far alhamdulillah, perkembangannya positif.
Iouls is happy.
Tapi kalau nak try kat kakak, abang aku tak sure sesuai ke tak.
Faham-faham sendiri lah ye.

MUTABAAH AMAL
- Sebelum aku balik Sarawak untuk sem 2, aku buatkan mutabaah untuk adik aku. Dia, mutabaah pun tak pernah dengar. Berbelit dia nak cakap perkataan mutabaah tu. Mutabaah yang simple je aku buat. Tak adalah tahap qiamulail tu. Beginner kan... Just ada solat lima waktu tu je.

- Selepas setiap solat, suruh anak @ adik tick. Tapi kalau tak solat, tak payah tick. Jadi diorang boleh nampak sendiri ada banyak kosong kalau diorang tak solat selalu.

- Selain mutabaah, boleh juga guna cara mewarna. Korang lukis gambar pokok, ranting, daun, buah dan tanah. Ada lima benda kan? Untuk setiap solat yang dah buat, suruh diorang warnakan gambar tu. Kalau adik @ anak anda tak solat full, gambar tu akan nampak tak cantik so bolehlah cakap kat diorang;

"Sama juga kalau kita tak solat. Hidup kita nanti orang nampak tak cantik. Nak ke macam tu?"

- Ha! Cliche tak ayat. Haha... itu kalau diorang suka mewarna la. Mutabaah ni tak berkesan sangat untuk adik aku sebab maybe waktu ni aku tak sungguh-sungguh kot.


UPAH
- Well... budak-budak kan? Sebelum start first Ramadhan, aku deal dengan adik aku. Siapa solat tak penuh kena belanja Pizaa Hut. Motif sangat kakak suka makan. Kot le aku puasa penuh, dia la kena belanja. Aku siap cakap lagi aku tak nak yang murah. Nak harga yang limaploh ringgit tu. Tapi kalau betul pun dia kalah, tak delah aku minta kat dia. Saja je...

- Tak pun offerlah dengan benda yang diorang suka. Lagipun keluar duit bukan untuk benda tak elokkan?

- Kalau terasa benda ni macam tak ikhlas ke apa ke... Well... fake it till you make it, no?


AYAT YANG LEMBUT
- Selalunya kita tak perasan bila kita nak suruh adik @ anak solat, kita terjerit kat diorang. Takpun ayat kita tu berbaur arahan. Budak-budak pun tahu panas hati.

- Masa puasa biasanya adik aku akan tidur lepas zuhur. So bila nak kejut asar tu, mula-mula tak jumpa teknik. Ada juga sekali aku kejut buat dia marah sebab menjerit. Hehehe..

- Caranya, kejut dia guna ayat yang lembut. Jangan tetiba masuk bilik; "Sembahyang cepat! Asyik tidur je!!!" Kus semangat budak tu. Masuk bilik, pergi dekat dia pegang elok-elok tangan dia. Biasanya ayat aku;

"Adik, bangun sembahyang."

Tu je... tapi selebihnya aku gurau dulu sebelum dia dapat energy nak bangun dari baring. Kadang-kadang aku join baring sebelah dia, peluk dulu sambil ulang-ulang cakap;

"Bangun sembahyang. Dah pukul berapa ni."

Bagi dia duduk dulu then tarik tangan tarik untuk bangun. 

- Bila dia bangun dari tidur dalam keadaan gembira tak adalah dia rasa terpaksa nak solat lepas tu.


PUJIAN
- Bila dia dah penuh solat untuk hari tu, jangan lupa puji. Tak pun cakap; "Alhamdulillah... rajin dia solat. Ni yang sayang lebih ni!" My sister is 12 y/o and I treat her like a baby. I kiss her almost everyday dan kadang-kadang aku dukung jugak. Naik pendek dah aku!

- Jangan sesekali tengking anak@adik. Tahanlah sabar sikit, kalau dengan kengkawan boleh sabar takkan dengan darah daging sendiri nak bertempik?


UPDATE
- Aku selalu tanya dia, solat Subuh tak? Solat Zuhur belum? Bila nak solat Asar? Keep updating your adik @ anak setiap kali lepas masuk waktu. Mungkin balik Sarawak nanti aku perlu selalu call dia kena tanya...



Sekarang ni alhamdulillah adik aku boleh solat tanpa di suruh. Nak start memang susah, tapi cubalah. Siapalah yang tak seronok lebih-lebih lagi bila dia boleh solat dulu dari kita kan?

Aku harap info ni berguna.
Apa-apa pun jangan lupa doa supaya Allah buka pintu hati mereka nak solat dengan ikhlas. Penting juga untuk guna perkataan yang baik-baik dan lembut depan mereka.
Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment