Wednesday 21 August 2013

Tanda-Tanda Anda Terlalu Bersosial Di Internet.

Assalamua'laikum!
Tadi aku baca Metro dan tertangkaplah mata ini pada tajuk di atas.
Ceh ! Siap ada tanda-tanda bagai kalau selalu bersosial. Tapi bersosial di internet lah...

Jadi, apakah petandanya?

1- Baca, komen dan mempromosi blog orang lain tanpa usul periksa.
Baca blog orang lain aku selalu buat, tapi komen dan promo blog orang... ermm... dah lah tanpa usul periksa.. eden is soooo tak kose. Ngahaha

2- Menggunakan 'hashtag' (#) dalam e-mel rasmi.
Eh, suka hati kau je nak letak hashtag. Kau ingat twitter? facebook?
Untuk makluman #YAB Dato' Seri Najib, saya merupakan bla.. bla.. bla..
Kau giler nak buat cenggitu?

3- 'Check in' di Foursquare di mana saja anda berada.
Oh, yang ni aku tak pernah buat! Sign up pun tak. Lagipun benda ni bahaya kalau selalu sangat update.
Manalah tahu, ada orang aim kita selama ni. Dah selalu sangat check in, kang ada jugak yang tak dapat check out. Fuhhh!

4- Memeriksa telefon anda (Fb. Twitter, Instagram dll) adalah aktiviti pertama dilakukan sebaik bangun dari tidur.
Rasanya, lepas aku dapat beauty sleep semalam, bangun tadi aku cekidaut ada apa kat bawah tudung saji dulu. Then baru bukak fb. Ngeheheh

5- Mengemas kini status meskipun sedang keluar atau makan dengan manusia sebenar.
Yang ni pun aku jarang buat. Penting untuk aku fokus pada makanan daripada update status. Kang tak pepasal ada yang komen suruh tapaukan. Hahaha... Giler pemalas.

6- Anda kongsi segala-galanya.
Tak. Sila beli sendiri.

7- Kata-kata anda terhad kepada 140 patah perkataan sahaja.
My life got no limit. =,="
Kot aku tweet pun, aku tweet banyak kali supaya patah perkataan aku jadi berganda-ganda. Aiya...

8- 'Like' status anda sendiri.
Pun hadoo?





Dengan ini, aku bagi 5 stars kat diri sendiri sebab tak termasuk dalam tanda-tanda tu. Hahaha
Yes, this is what we call 'syok sendiri'.
Okbai

No comments:

Post a Comment